Wednesday, January 7, 2009

semalaman di hospital ,rabu (7januari)

setelah di x ray. saya kasihan melihat makcik di sebelah saya yang dari awal saya masuk, hanya menyebut nama anaknya.



sebelum melelapkan mata, setelah semua pemeriksaan pukul 3 pagi.


assalamualaikum wbt.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat yang tidak putus-putus memberikan saya dorongan untuk kembali sihat.

pada lewat petang semalam, saya telah mengalami kekejangan paha hingga ke buku lali. rasa yang seakan-akan mencucuk itu mula menyerang sendi-sendi di bahagian lutut selepas saya pulang daripada fakulti. namun, saya pada mulanya tidak menyangka apa-apa berlaku tetapi ketika dalam memandu pulang ke rumah, saya rasa kaki saya seolah-olah tiada. kesakitan yang dirasai pada kaki sudah menjalar sehingga saya berfikir bahawa saya telah kehilangan kaki. setelah sampai di rumah, kebetulan pap, mak dan syamim telah pergi ke rumah anjang. saya terus menelefon syamim dan meminta kunci. kesakitan yang teramat sangat sudah mula saya rasa di seluruh bahagian kaki dan saya hanya mampu untuk membaca beberapa potong ayat-ayat suci al quran untuk menenangkan hati. saya yang pada ketika itu tidak lagi mampu berjalan hanya berpaut pada kudrat pap dan syamim untuk memapah saya ke kereta.s aya dihantar oleh pap ke unit kecemasan hospital umum sejurus mereka sampai di rumah. seperti biasa, lumrah hospital kerajaan yang mana prosedurnya memakan masa begitu lama sehinggakan saya seakan-akan hilang akal menahan sakit di bahagian kaki. mujurlah ada seorang pembantu perubatan yang saya ingat reonald namanya, menghampiri serta menanyakan tentang keadaan saya setelah sudah hampir satu jam baring di atas katil roda. selepas diambil darah, saya terus diberikan suntikan valium. rasa sakit yang kian mencengkam masih ada tetapi saya hanya baring dan cuba menenangkan diri. pap pula duduk di sebelah dan nasib baik pap mempunyai cuti untuk hari khamis.

setelah itu, ada seorang doktor wanita berketurunan India menghampiri dan bertanyakan tentang sejarah tulang. memang benar, saya pernah terjatuh sebelum ini tetapi itu sudah beberapa tahun yang lalu, 2003 kalau tidak silap saya. doktor itu kemudian mengarahkan saya menjalani x ray di bilik radiologi. memang leceh. masuk jam 11malam, saya di x ray dan sejurus selepas itu, saya di masukkan ke wad pemerhatian dan menunggu di sana sehingga laporan x ray dikeluarkan. satu penantian yang menyeksakan. pada pukul 3 pagi, barulah doktor mengumumkan kepada saya tentang apa yang berlaku, saya mengalami kekejangan urat saraf bahagian belakang dan kesannya menjalar kepada kaki. selain itu, saya telah diserang darah tinggi yang mana menerangkan mengapa saya berasa terhuyung-hayang. alhamdullilah, saya lega mendengar berita tersebut dan saya diberi suntikan valium kedua. suntikan tersebut benar-benar menewaskan saya.

pada pagi esoknya, tepat pukul 8pagi saya keluar dan saya sudah mampu berdiri. peristiwa yang berlaku sememangnya memberikan pengalaman yang sungguh pahit kepada saya. saya berdoa agar tidak lagi mengalami pengalaman yang serupa pada masa yang akan datang. sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khas buat pap dan syamim..dan juga sahabat-sahabat saya...




2 comments:

Anonymous said...

sedih ati mek nangga mak cik di sebelah ktk ya...mengingatkan kmk pdh arwah mak mek yg ngenang kmk ketika nya nak mengembus nafas terakhir...di hospital normah juak...tapi kmk xpat jumpa nya sbb kmk tgh kursus di kem penrisen....last2 kmk hanya sempat jumpa jasad nya yg dah kaku di umah...:(....

Richie said...

semuanya ketentuan dari tuhan amy. walaupun ktk sik sempat jumpa nya tapi nya mok ktk tauk, yang nya amat sayangkan anak2 nya. jgn sedih k? mek mohon maaf mun blog mek tok membuatkan ktk sedih.