Wednesday, October 8, 2008

perkembangan selepas raya

inilah sepupu-sepupu saya..dari kiri: Nia Nurain, Erna Eleanor, Ila Damia, Mohd Suhendi (Hitam), Zarith Sofea (Hitam), Dania Elisa (si kecil), Ahmad Sufri. Belakang: Mohd Sutiadi (penulis), Adi Hamiz, Mohd Syamim dan Harul Hazwan


beraya dengannya..


selendang itu merimaskan.. ala2 kumpulan indie!



assalamualaikum..

maaf zahir dan batin. saya terlupa untuk menulis blog untuk sekian lama. memandangkan suasana syawal masih melingkari diri kita, eloklah bagi diri ini mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri.

perayaan hari raya pada tahun ini jujur saya katakan tidaklah semeriah tahun yang sebelumnya. entah mengapa saya berfikiran sedemikian namun lantas minda saya mengetuk tahun ini cuti raya untuk pelajar UNIMAS hanya 6 hari sahaja. ini memberi makna bahawa saya hanya mempunyai 6 hari untuk melayari lebaran 2008 ini. adakah bilangan hari itu cukup? tidak bagi saya. perayaan raya seharusnya meriah tanpa hadirnya sebarang elemen-elemen perkuliahan. persiapan saya untuk raya kali ini amatlah ringkas. tidak seperti tahun-tahun yang terdahulu, pada tahun ini saya hanya mengenakan satu set sahaja baju melayu yang berwarna merah. itu pun, kain baju tersebut saya beli awal di Kuala Lumpur, Mei lalu, sedondon dengan warna baju kurung mawar hati saya. sambutan raya bersama sanak keluarga tetap ditunggu-tunggu. saya dan sepupu sudah berjanji untuk mengenakan pakaian merah tetapi lihatlah abang dan sepupu saya sofea, mereka berbaju hitam..haha..

berkunjung ke rumah-rumah pensyarah semasa raya sememangnya menyeronokkan lebih-lebih lagi ketika berada di rumah Dr. Jeniri Amir di Kampung Pinang Jawa. saya dan rakan-rakan dijamu dengan pelbagai jenis kuih muih dan biskut yang sedap, Dr. menceritakan sekelumit kenangan lampau yang pernah beliau lalui semasa beraya sebagai pelajar. sebelum itu, kami berkunjung ke rumah Puan Malia di Astana dahulu, sebelum ke rumah Dr. Jeniri. saya ingin memohon maaf kepada Puan Malia atas kelewatan saya kerana janji asal saya kepadanya adalah pada pukul 11.30 pagi tetapi saya dan rakan-rakan telah muncul kira-kira pukul 12 lebih tengah hari.

masa sememangnya pantas melewati kita, bunyi beduk berbuka sudah tidak lagi kdengaran di corong-corong radio. saya rindukan keadaan di bulan puasa, terutamanya suasana hiruk pikuk di gerai-gerai juadah bazar ramadhan sekitar Kota Samarahan. berbuka puasa dengan sahabat handai merupakan saat yang paling menggembirakan, sama seperti berbuka dengan ahli keluarga di rumah.

takbir raya sudah bergema
paluan beduk tiada kedengaran lagi
aidilfitri ini kita bergembira
bermaaf-maafan sesama insani..