Tuesday, March 9, 2010

Latihan GEMS (Graduate Employability Management Scheme)

salam..

saya mempunyai beberapa minit sahaja untuk mengemaskini blog. ini adalah disebabkan oleh jadual latihan GEMS saya yang terlalu padat. latihan bermula pada 7 Mac dan berakhir pada bulan Mei nanti. jadual latihan pula bermula seawal 8am sehingga 10.30pm. itulah rutin saya yang terbaru untuk 3 bulan ini.

suasana di hotel Penview memang boleh tahan. saya berkesempatan menemui beberapa rakan lama saya ketika bersekolah dan saya juga telah menemui sahabat baru. alhamdulillah mereka sungguh membantu dan senang berbual.. di sini saya letakkan beberapa kenangan hari2 terawal latihan GEMS.


semasa explorace


setelah selesai explorace


ahli2 kumpulan saya (EMERALD) Saya, Ridha, Delia, Melda, Phylis, Melimi, Anes dan Ummul..

Thursday, March 4, 2010

diriku mac 2010..

salam..

wah..sudah terlalu lama saya tidak memblog ya? hehe..saya ingin memohon maaf kepada semua rakan2 blog kerana saya terlalu sibuk belakangan ini. pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada teman saya. semoga berkekalan hingga ke anak cucu. saya sama sekali tidak menyangka beliau akan berkahwin pada bulan ini. apa2pun, sudah tiba jodohnya barangkali.

ketika saya minum teh petang beberapa hari yg lepas, terdetik di hati saya. di manakah diri saya ketika ini. maksud saya, di manakah tempatnya saya di dunia ini. sebagai graduan lulusan universiti, saya masih belum mampu untuk melihat hala tuju saya selepas sebulan menanam anggur di rumah. terbit juga rasa cemburu di hati apabila melihat kejayaan rakan2 seuniversiti saya yang lain. ada di antara mereka sudah mampu memiliki kereta impian sendiri. adakah ini takdir saya?

saya melihat wajah anak2 murid di tempat tusyen saya mengajar. sungguh pure sekali. bagaikan kain putih yang belum lagi diwarnai dengan pelbagai corak. apa yang mereka tahu apabila mendengar perkataan UNIVERSITI, " mak saya cakap, kalau saya belajar rajin2, saya pasti masuk universiti cikgu!" itu kata salah seorang daripada murid saya. ada juga yg berkata "cikgu, lepas keluar universiti mesti dapat bawa kereta besar kan cikgu?"

saya cuma terdiam dan beberapa ketika kemudian kembali senyum. betapa suci nya pemikiran mereka. saya hanya mampu untuk menerangkan bahawa Universiti ada tempat untuk menjamin masa depan mereka. kereta besar, rumah besar.. semuanya mampu dibeli selepas keluar daripada universiti. saya terlupa mereka telah saya berikan ujian ketika itu. gelagat mereka sememangnya melucukan.


sempat juga menjeling kawannya ketika ujian..aduhh


wajah amirul yang belum dpt menangkap apa yg saya katakan..

kebetulan pada hari ahad yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara saya di kampung gobel. perkahwinan norhazira dan pasangannya entahlah saya juga tidak ingat.hahah.. suasananya begitu meriah. terdapat juga majlis bergendang dan bermukun diadakan pada hari tersebut. saya begitu meminati budaya khazanah tradisional sarawak ini. paluan gendang dan gesekan biola begitu mengasyikkan. senikata pantun lama diucapkan oleh seh gendang amat luar biasa. setiap kata2nya menusuk ke dalam jiwa. walaupun bercirikan tradisional, elemen2 komunikasi dan nasihat sarat di dalamnya. bahkan budaya bergendang dan bermukun juga telah saya jadikan tajuk tesis tahun akhir saya ketika di universiti tahun lalu. saya berkesempatan untuk bertandak iaitu menari mengikut irama mukun yg dimainkan. oh ya.. seh gendang yang dijemput pada hari ahad itu ialah Mak Anjang, salah seorang pemelihara seni bergendang dan bermukun terkenal di Sarawak.


malangnya tiada yang mengambil gambar saya bertandak..adehh..



inilah wajah saya terbaru. wajah saya untuk bulan 3. saya mengambil keputusan untuk membuang semua janggut saya. hasilnya? saya bertambah sihat! hahaa.. saya rasa inilah blog terakhir saya untuk kali ini kerana mulai ahad nanti (7 mac) saya tidak akan berada di kuching kerana saya akan mengikuti latihan yang dianjurkan oleh GEMS selama 6 bulan. ia merupakan satu tempoh yang agak lama tapi ianya sangat penting utk masa depan saya. saya harap anda semua mendoakan kejayaan saya ya?