Saturday, September 20, 2008

apa sudah jadi dengan negara kita?

setelah membaca beberapa blog dan artikel tentang isu-isu semasa politik negara kita, saya terpanggil untuk membuat ulasan terhadap setiap isu yang telah dibincangkan. sebelum itu, wajarlah saya menyebut sesuatu tentang isu-isu ini. apa yang sudah terjadi dengan sistem politik dan pemerintahan Malaysia?

secara jujur saya memperkatakan di sini, senario politik di negara kita semakin keruh dan perlu ada beberapa langkah yang difikirkan sesuai untuk menanganinya. bayangkan, di dalam beberapa bulan belakangan ini, pelbagai kisah-kisah yang kurang enak kita dengar tentang pemerintahan kerajaan kita. saya melihat tahun 2008 ini sebagai tahun yang paling tidak stabil untuk politik Malaysia. ia nampak gusar dan kusut. sama sekali saya sebagai rakyat Malaysia tidak boleh menerima setiap berita yang dilaporkan oleh media-media arus perdana. ini disebabkan oleh tabiat saya yang gemar membaca rencana online beberapa akhbar bebas seperti MalaysiaKini, Aliran, Harakah dan sebagainya. jelas nampak perbezaan yang ketara di dalam setiap pengolahan isi berita dan cara penyampaian. oleh itu, saya berpendapat, untuk mendapatkan berita, moleklah sekiranya kita menilai senario politik daripada 2 pandangan iaitu menerusi akhbar arus perdana dan akhbar bebas. dengan itu, kita mampu menilai dengan kritikal setiap isu-isu yang diperkatakan.

kita dikejutkan dengan kenyataan luar biasa Datuk Ahmad Ismail ketika menyampaikan ceramah beliau beberapa bulan yang lalu. beliau menyentuh isu penduduk kaum cina di Malaysia cumalah golongan pendatang. setelah itu saya membaca pula kandungan blog beberapa penulis yang saya fikir pro kerajaan. memang amat mengeruhkan apabila membaca sesuatu artikel yang menyentuh isu-isu sensitiviti kaum lebih-lebih lagi melibatkan golongan yang boleh disifatkan sebagai berpengaruh di negara kita.

belum lagi reda isu tersebut kita dikejutkan lagi dengan berita penahanan penulis blog terkenal negara, Raja Petra dan juga sahabat beliau, "Kickdefella". begitu juga dengan wartawan sin shew Tan Hoon Cheng dan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok. kesemua mereka ini ditahan mengikut akta yang boleh dikatakan akta paling kejam di dalam sejarah akta-akta di Malaysia iaitu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). mereka ditahan kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. akta ini yang juga merupakan akta yang sama pernah dikenakan terhadap Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail suatu ketika dahulu kerana dituduh berhaluan kiri dan menganut fahaman komunis. sebagai contoh saya gunakan di sini ialah seperti isu Teresa Kok yang ditahan atas sebab kenyataan yang kononnya melarang penggunaan azan. sudah ada 2 cerita yang bercanggah di sini. pertama sekali, akhbar arus perdana lebih memihak kepada kerajaan dengan mem

kemudian, diwar-warkan bahawa penasihat parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lantangnya melaungkan pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008 tetapi cubaan beliau itu gagal sama sekali. ada beberapa implikasi yang wujud akibat kegagalan ini. pertama saya fikir rakyat semakin gusar dengan senario yang semakin meruncing ini.

Wednesday, September 10, 2008

bengang!!!

saya berasa amat terkilan pada pagi ini setelah markah untuk tugasan pertama subjek kaedah penyelidikan sains sosial saya ditolak gara-gara tidak hadir semasa sesi pengisian borang penilaian dan menandatangani borang kehadiran isnin yang lalu. saya sememangnya berasa amat marah dan tidak berpuas hati kerana saya dan rakan-rakan telah berhempas pulas untuk menyiapkan tugasan sebanyak 15 muka surat itu. walaupun bilangan muka surat untuk tugasan tersebut kecil namun bukanlah satu kerja yang mudah untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci tersebut. saya melangkah dengan penuh bersemangat pada mulanya setelah tamat kelas kaedah penyelidikan sains sosial ke pejabat pensyarah. malangnya beliau terus menyimpulkan saya telah ditolak markah (saya tidak tahu jumlahnya). serta merta diri ini berfikir, tidak adakah ruang untuk pelajar memberi penjelasan yang saya fikir amat munasabah untuk ketidakhadiran saya isnin lalu?
saya bukanlah sengaja untuk tidak menghadirkan diri isnin lepas, tetapi atas tuntutan terhadap keluarga, saya pergi menemani ibu untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat tekanan darah tingginya. disebabkan oleh ayah yang bekerja di luar kawasan, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk pergi. kelas saya pada hari isnin tersebut hanya bermula pada pukul 7.30 malam. saya sedar isnin juga tarikh penghantaran tugasan pertama dan menanda tangani borang penilaian serta kehadiran. saya berfikir lagi untuk apa semua itu? apalah salah jika borang tersebut di tanda ketika kelas?
sekiranya borang tersebut diedarkan semasa kelas, saya percaya ramai lagi pelajar yang akan bertindak sedemikian iaitu menanda borang tersebut. saya yakin saya bukanlah pelajar pertama yang menerima nasib sebegini. saya juga pelajar yang berulang alik dari rumah ke kampus yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah saya ini. mengapakah tidak ada ruang untuk kami pelajar sebegini??
apa-apapun saya melahirkan rasa kesal yang teramat sangat berkaitan peristiwa ini. saya sedar sebagai seorang pelajar, saya perlu memperbaiki jadual masa saya. tapi saya ingin memberi cadangan agar pihak pensyarah lebih memahami masalah pelajar. berilah peluang untuk memberi penjelasan. jika tidak ada jalan penyelesaian yang lain, barulah tindakan memotong markah diambil.

Wednesday, September 3, 2008

bingkisan petang kedua ramadhan..

alangkah istimewanya bulan ramadhan ini apabila semua umat Islam seantero dunia bersama-sama menunaikan ibadah puasa. ibadah yang memperkuatkan iman dan mengukuhkan kekuatan jiwa kita sebagai hamba Allah. syukur saya sudahi hari kedua berpuasa dengan penuh nikmat merasai ibadah berpuasa. saya duduk seketika di tepi balkoni kediaman kolej, sembari melihat pemandangan sekitar tasik universiti. sungguh aman sekali. setelah meminum segelas air soya yang dibeli di bazar ramadhan kota samarahan, saya menunaikan solat maghrib. entah mengapa hati saya berasa begitu tenang sekali selepas menunaikan solat tersebut. saya kembali ke meja belajar dan menelaah semula. saya hanya menjamah sedikit sahaja nasi yang berlaukkan kuah kari ayam dan seketul daging masak kicap. selera saya kurang pada petang ini dan saya sendiri kurang mengerti keadaan ini. biasanya saya akan makan seperti biasa, seperti ketika berada di rumah. mungkin saya berada di kolej dan bukannya di rumah, saya hilang selera makan barangkali.


pada hari ini juga saya kembali ke kolej setelah bercuti hampir 3 hari bermula pada hari sabtu. kebetulan hari pertama puasa jatuh pada hari isnin, 1 september, sehari selepas menyambut hari kemerdekaan negara. saya sudah menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas cuma saya belum lagi habis mengulang kaji subjek untuk peperiksaan pertengahan penggal. tinggal 2 kertas sahaja lagi, pengajian budaya dan warisan serta sinema asia. kedua-dua subjek ini adalah subjek yang diajar di fakulti seni gunaan dan kreatif. saya memilih untuk mengambil subjek ini disebabkan oleh beberapa faktor, pertama saya meminati bidang kebudayaandan keduanya pula saya meminati dunia filem.

Tuesday, September 2, 2008

luahan seorang mahasiswa

Saya rasa terpanggil untuk meluahkan sesuatu yang telah lama saya pendamkan selama ini. Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya katakan di sini mengganggu sesetengah pihak. Saya merupakan seorang pelajar tahun akhir Fakulti Sains Sosial sesi 2005-2008 insya Allah. Adalah menjadi satu perkara yang menakjubkan apabila mendapat tahu ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi ini. Pada awal tahun pengajian saya di Unimas, semuanya berjalan dengan lancar atau dalam erti kata yang lain, semua aspek pengajian mahupun kegiatan luar berada di dalam keadaan yang amat baik. Tetapi semakin menganjak dari tahun ke tahun, daripada apa yang saya amati, keadaan sebegitu tidak lagi terjadi. Bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa aspek-aspek tersebut bertambah buruk tetapi perkara tersebut seolah-olah diabaikan. Semua kita sudah sedia maklum bahawa Unimas terdiri daripada dua kampus utama iaitu kampus barat dan timur. Dan hanya 2 fakulti sahaja yang masih berada di kampus lama iaitu Fakulti Sains Sosial (FSS) dan Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEB). Masih segar di dalam ingatan tentang betapa selesanya keadaan di kampus timur ketika mula-mula melangkah masuk ke Unimas. Semua kemudahan disediakan dan tidak timbul sebarang masalah. Tetapi semakin menganjak dari tahun ke tahun, daripada apa yang saya amati, keadaan di kampus timur amatlah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan yang sama 3 tahun dahulu. Kemudahan yang disediakan semakin menghilang, sebagai contoh, pondok telefon awam yang dahulunya diletakkan berhadapan dengan dewan CAIS lama tetapi kini, hanya tinggal pondoknya sahaja. Bukan itu sahaja, jika dulu di kampus timur terdapat kemudahan mesin ATM untuk mengeluarkan wang (RHB bank) bersebelahan dengan koperasi Unimas (kini menjadi pejabat SUKSIS), tetapi kami hanya bergantung harap kepada mesin ATM Bank Islam (Bersebelahan dengan Pos Pengawal). Itupun sekiranya mesin berfungsi dengan baik. Jika tidak, pelajar dari kampus timur perlu pergi ke kampus barat, tempat letaknya mesin ATM RHB Bank. Kini saya tertanya-tanya, mengapakah keadaan sebegini terjadi? Mengapakan nasib pelajar kampus timur kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan pelajar kampus barat? Saya berfikir bahawa Unimas adalah universiti yang menyediakan kemudahan yang sama kepada kedua-dua kampus.

Apabila fakulti-fakulti seperti FK, FIT, FSGK, FSKPM dan FSTS berpindah ke kampus baru, kampus timur seolah-olah menjadi kosong dan tidak bermaya. Bukan disebabkan oleh hanya FSS dan FEB sahaja yang tinggal tetapi keadaan persekitaran kampus timur agak menyedihkan. Landskap kampus timur jika diperhatikan seakan-akan hidup segan mati tak mahu. Keadaan dewan kuliah juga kurang diberikan perhatian oleh pihak yang berkaitan. Cuba anda lihat keadaan dewan kuliah 5 dan 4 ataupun mana bilik seminar di kampus timur, kerusi-kerusi dan alat pendingin hawa tidak berada di dalam keadaan yang sesuai. Ada kerusi-kerusi yang sudah tidak dapat digunakan lagi dan belum lagi diganti dengan kerusi yang baru. Satu lagi isu yang ingin saya ketengahkan di sini adalah tentang parkir kereta pelajar. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan pihak yang berkaitan kerana telah mewartakan beberapa buah tempat untuk dijadikan tempat letak kereta staf di sesetengah kawasan kampus timur. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, pada semester pertama sesi 2007-2008, saya selalu meletakkan kereta di ruang tempat letak kereta di depan pejabat FSS dan FEB dan saya dapati ramai lagi pelajar yang meletakkan kereta mereka di tempat yang sama.

Secara logiknya, ruang letak kereta di depan pejabat FSS dan FEB adalah agak besar dan saya berpendapat tidaklah semua kenderaan staf Unimas mampu memenuhi ruang itu. Apalah salahnya sekiranya ruang tersebut diberikan juga kepada pelajar? Saya berasa amat terkilan setelah menerima saman salah letak kenderaan baru-baru ini kerana selama setahun saya meletakkan kereta di tempat itu, saya tidak pernah disaman. Apabila menyentuh tentang makanan, saya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kerana Keranji Food Court telah memberikan perkhidmatan yang baik. Namun, apa yang ingin saya katakan di sini adalah saya menyeru kepada Unimas agar mengubah struktur bangunan KFC tersebut dengan menambah lebih banyak ruang untuk tempat duduk dan lebih banyak kedai untuk pelajar mememilih dan membeli makanan mereka. Harga dan bayaran makanan itu tidak menjadi soal kerana kita sedia maklum bahawa semua barang-barang mentah sudah naik harganya. Tetapi, saya memohon kepada pemilik kedai supaya lebih bersikap lebih teliti ketika memberikan harga khususnya untuk makanan nasi campur.

Hal ini demikian kerana ramai di antara pelajar-pelajar merungut kerana telah mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi dikenakan bayaran yang sama dengan kuantiti yang banyak. Saya berasa hairan kerana di Kafe Bunga Raya, harga untuk menu nasi campur adalah paling murah walaupun lauk yang diambil boleh dikatakan banyak. Semua kita tahu bahawa Unimas kini telah memiliki pusat bolingnya sendiri. Syabas dan tahniah diucapkan kerana telah memberikan satu lagi kemudahan luar biasa. Namun, saya sendiri telah mengalami situasi di mana tidak dapat bermain kerana beberapa lane telah direserve oleh staf. Bukan sekali mahupun dua tetapi sudah beberapa kali saya mengalami keadaan sebegini. Begitu juga dengan kemudahan meja Pool, bukan untuk pelajar tetapi untuk staf. Belum lagi saya menyentuh tentang sikap beberapa orang staf Unimas yang langsung tidak menghormati pelajar. Seharusnya staf lebih menonjolkan sikap membantu kerana tanpa staf, urusan berkaitan pelajar dengan universiti tidak akan berjalan dengan lancar. Sepatutnya staf-staf Unimas lebih bersikap profesional memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi. Saya di sini bukanlah bermaksud untuk menimbulkan rasa benci tetapi itu adalah hakikat. Isu kolej, memang tidak dapat dinafikan lagi, ramai pelajar merungut tentang bayaran kolej yang agak tinggi. Bayangkan untuk bilik single, saya harus membayar sebanyak RM525 untuk satu semester.

Jumlah tersebut menyerupai jumlah ayah saya membayar bayaran bulanan untuk kereta di rumah. Saya mengerti bahawa Unimas perlu mengikuti perkembangan semasa dan kadar RM3.5 sehari dirasakan sesuai tetapi bagi pelajar, ia adalah satu kadar yang berat. Jika pelajar menerima wang pinjaman PTPTN secara menyeluruh, itu tidak menjadi soal. Tetapi bagaimana pula dengan pelajar hanya mendapat separuh pinjaman. Menyentuh tentang kolej lagi, ingin saya bawa perhatian anda kepada peraturan kolej di mana, memasak di dalam kolej sama sekali tidak dibenarkan. Ada yang bersetuju dengan peraturan tersebut kerana terjadi insiden di mana kemalangan membabitkan penggunaan periuk nasi elektrik. Tetapi, peraturan baru ini pada pendapat saya, amat berat untuk diterima oleh segelintir pelajar yang memiliki periuk nasi elektrik. Kami banyak bergantung harap kepada periuk nasi elektrik untuk memasak pelbagai makanan seharian. Cuma isu yang timbul di sini adalah dari segi keselamatan. Daripada bertindak merampas peralatan tersebut, saya ingin menyuarakan pendapat bahawa eloklah isu ini dibincang di antara pelajar dengan pengurusan kolej. Merampas sama sekali tindakan yang drastik tetapi ada juga rasionalnya saya percaya. Pelajar Unimas bukanlah terdiri daripada golongan elit dan kaya raya. Itu yang ingin saya tekankan di sini. Kadang-kadang saya berfikir seketika, apalah gunanya belajar di satu tempat yang tidak memberikan kepuasan pembelajaran yang maksimum kepada pelajar dan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati?

Apakah perjuangan MPP yang sebenarnya? Adakah wujudnya anjakan paradigma di dalam perjuangan MPP? Sepatutnya MPP diberikan mandat untuk menjadi mata dan telinga pelajar ataupun watchdog. Saya tidak menolak bahawa MPP telah banyak menjalankan aktiviti menarik kepada pelajar tetapi kebanyakan pelajar tidak melihat apa yang telah dilakukan oleh mereka. Setakat event-event yang telah dilaksanakan, saya berpuas hati tetapi berkaitan dengan kemudahan yang ada di kampus timur (contohnya). Saya ingin melihat MPP di Unimas bergiat dengan aktif memperjuangkan nasib pelajar dan bukan sahaja hebat berkempen semasa pilihan raya sahaja. Kita sebagai pelajar universiti bukanlah pelajar sekolah menengah lagi. Kita mampu untuk berfikir ke depan mana yang sesuai untuk perkembangan modal insan negeri satu masa kelak. Psikologi pelajar juga perlu dititikberatkan dalam memastikan perkara tersebut berlaku. Saya berpendapat, sekiranya kemudahan disediakan dengan sama rata dan keadaan kelas dipertingkatkan tidak mustahil kita melihat lebih ramai graduan Unimas mampu dihasilkan. Apabila aspek ini dipenuhi, saya berfikir kita mampu untuk menjadi salah satu daripada universiti terbaik di Malaysia dan sapa tahu satu masa nanti, menjadi salah satu universiti yang terbaik dunia. Menurut kenyataan Prof Aminah Ayob, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), hanya USM dikelaskan sebagai satu-satunya universiti dalam kelas cemerlang manakala yang lain hanya berjaya mencapai tahap baik dan sederhana. Itu membuatkan saya berfikir lagi, di manakah kedudukan universiti tercinta kita Unimas? Kini, Unimas sudah berubah, ya dari konteks pembangunan saya setuju di mana Unimas bertambah megah dan menarik tetapi lihatlah keadaan kampus timur. Adakah layak untuk disamakan dengan kampus barat?

Oleh itu saya berharap agar tulisan saya ini membuka ruang kepada pelajar lain untuk menyuarakan pendapat mereka agar sama-sama kita melihat perubahan daripada yang baik menjadi lebih baik. Saya memohon maaf sekiranya menyinggung perasaan mana-mana pihak cuma apa yang ingin katakan adalah sesuatu yang penting di mana ia mampu menjadikan Unimas institusi yang lebih gemilang jika bukan kini, pada masa-masa yang akan datang.

Sekian.

bingkisan pada petang 2 ramadhan..

alangkah istimewanya bulan ramadhan ini apabila semua umat Islam seantero dunia bersama-sama menunaikan ibadah puasa. ibadah yang memperkuatkan iman dan mengukuhkan kekuatan jiwa kita sebagai hamba Allah. syukur saya sudahi hari kedua berpuasa dengan penuh nikmat merasai ibadah berpuasa. saya duduk seketika di tepi balkoni kediaman kolej, sembari melihat pemandangan sekitar tasik universiti. sungguh aman sekali. setelah meminum segelas air soya yang dibeli di bazar ramadhan kota samarahan, saya menunaikan solat maghrib. entah mengapa hati saya berasa begitu tenang sekali selepas menunaikan solat tersebut. saya kembali ke meja belajar dan menelaah semula. saya hanya menjamah sedikit sahaja nasi berlaukkan kuah kari ayam dan seketul daging masak kicap. selera saya kurang pada petang ini dan saya sendiri kurang mengerti keadaan ini. biasanya saya akan makan seperti biasa, seperti ketika berada di rumah. mungkin saya berada di kolej dan bukannya di rumah, saya hilang selera makan barangkali.

pada hari ini juga saya kembali ke kolej setelah bercuti hampir 3 hari bermula pada hari sabtu. kebetulan hari pertama puasa jatuh pada hari isnin, 1 september, sehari selepas menyambut hari kemerdekaan negara. saya sudah menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas cuma saya belum lagi habis mengulang kaji subjek untuk peperiksaan pertengahan penggal. tinggal 2 kertas sahaja lagi, pengajian budaya dan warisan serta sinema asia. kedua-dua subjek ini adalah subjek yang diajar di fakulti seni gunaan dan kreatif.

Monday, September 1, 2008

perubahan seketika

assalamualaikum,

bertemu kita lagi di dalam ruang maya ini. terima kasih kerana singgah sebentar ke laman blog saya. pertama sekali ingin saya jelaskan di sini ialah untuk masa sekarang, saya akan memperjuangkan kembali keupayaan saya dalam memperkembangkan pengetahuan bahasa melayu yang saya jujur akui kian menipis setelah berinteraksi dalam bahasa inggeris pada sebelumnya.

kesedaran ini muncul secara tiba-tiba ketika saya terbaca makalah yang bertajuk "persuratan kebangsaan guna bahasa melayu" yang diterbitkan oleh Utusan Sarawak bertarikh 25 ogos 2008 yang lalu. setelah meneliti kandungan makalah tersebut, amat janggalnya jiwa saya apabila selama ini saya hanya bertutur dan berinteraksi menggunakan bahasa inggeris dalam pelbagai konteks komunikasi. serta merta saya terdetik dan saya malu sebentar kerana apalah gunanya pengetahuan yang diajar oleh pelbagai orang guru bahasa melayu di sekolah tidak dipraktikkan semula di peringkat ini? oleh itu, saya berfikir sejenak dan berpendapat inilah masanya saya bertukar kembali menulis di dalam bahasa kebanggaan kita, bahasa melayu.

“Pernah juga saya terdengar sendiri para tokoh kita yang berbual bahawa mereka kurang faham faham bahasa Melayu kini kerana banyak katanya yang tidak mereka faham. Andaian saya kerana tokoh tersebut tidak membaca banyak karya dalam bahasa kebangsaan kita.” memetik kenyataan Zaini Oje, bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sarawak, saya amat bersetuju dengan anggapan beliau itu. mengapa boleh terjadinya situasi sedemikian? keadaan begini bukan sahaja berlaku kepada tokoh2 di negara kita, daripada pemerhatian saya sendiri, pensyarah di institut pengajian tinggi juga kian rancak berbual menggunakan bahasa inggeris. hanya golongan pelajar sahaja petah berbahasa melayu tetapi pihak atasan cuma sekadar "melihat sebentar kemudian melangkah pergi"

makalah tersebut benar2 membuka mata dan hati saya untuk kembali memperjuangkan martabat bahasa melayu seperti yang telah saya lakukan pada tahun 2001 dan 2004 dahulu. beberapa karya yang telah saya lahirkan semasa menuntut di alam persekolahan satu ketika dahulu memang saya sendiri akui, bukanlah mudah untuk menghasilkannya pada konteks sekarang. dengan keadaan sekarang, saya fikir saya tidak mampu untuk mengolah plot atau cerita seperti dahulu. oleh itu, saya ingin bergiat kembali di dalam dunia penulisan yang dulu pernah menjadi kegilaan saya.

saya menyeru kepada rakan2 saya yang lain, bersama-samalah kita menjaga martabat bahasa kita, bersama-sama kita gunakan bahasa kebangsaan kita ini untuk memastikan kesinambungannya terjamin..

insya Allah kita akan berjumpa lagi pada lain masa, sambutlah salam perpaduan daripada saya. oh ya, hampir terlupa, selamat menunaikan ibadah puasa 2008. semoga amalan kita diberkati Allah.

assalamualaikum..