Sunday, July 4, 2010

Masa Untuk Berubah!

salam..

Saya memohon maaf kerana terlewat untuk mengemaskini blog sejak beberapa minggu yang lepas. saya sangat sibuk dengan tugasan kerja yang melambak-lambak di pejabat.

hairan mula menyapa diri saya kerana tahap kesihatan saya sejak beberapa minggu belakangan ini kian merosot. bermula dengan masalah mata kiri saya yang mengalami ketumbuhan (sty). dan kini dada saya sering sahaja berasa sakit. namun tidaklah serius. kadang2 saya berasa takut dengan perkembangan sebegini.. sakit seperti yang saya alami kini bukan lah seperti penyakit lelah yang saya hidapi. kadang2 saya berasa letih dan penat setiap kali melakukan walau hanya berlari2 kecil. masih lagi terngiang2 di dalam telinga saya apabila doktor menyatakan mungkin saya kekurangan co enzim Q10, enzim yang menghasilkan adenosina trifosfat (ATP) yang diperlukan untuk menjana tenaga dalam setiap sel dalam badan.

saya disarankan untuk menjalani gaya hidup yang sihat. ya benar, sudah beberapa bulan saya tidak lagi menjalani gaya hidup sedemikian. berat saya selepas kursus GEMS ialah seberat 98kg kini sudah naik mendadak sehingga 105kg! sungguh mengecewakan. oleh itu saya mula menjadualkan kembali aktiviti2 yang akan membantu saya mengurangkan berat badan dan juga pada masa yang sama kembali sihat seperti dulu. untuk panduan berat badan minimum, saya akan menggunakan panduan yang telah di email kepada saya oleh kevin zahri, selebriti fitness yang dikenali ramai.

  1. Makan 5 - 7 hidangan (sederhana) dan 4 liter air sehari serta kurangkan makan atau minum 2 - 3 jam sebelum tidur. selain itu, jangan skip meals. skipping meals hanya akan mengakibatkan penurunan metabolisme badan
  2. Kawal nafsu makan. Inilah pentingnya untuk makan 5 - 7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan tersebut.
  3. Meningkatkan keaktifan diri. tingkatkan aktiviti fizikal untuk membakar lebih banyak kalori. - guna tangga, parking lebih jauh dari pejabat atau buat kerja2 rumah.
  4. Buat kajian tentang keperluan kalori badan.
  5. Kurangkan makan makanan yang A) tidak elok dan B) tidak perlu.
  6. Perangi nafsu makan - beli protein shakes dan minum di antara hidangan 2 kali sehari. sama ada antara breakfast dan lunch atau antara lunch dan dinner.
untuk mengetahui keperluan kalori badan saya, saya telah membuat sedikit penyelidikan,


Fat Loss:
1927 Calories/day
Extreme Fat Loss:
1901 Calories/day

berdasarkan jadual tersebut, saya perlu mengekalkan kalori sebanyak 2409 kalori sehari dan sekiranya saya ingin mempercepatkan proses, saya perlu kekalkan 1927 atau 1901 kalori sehari. oleh itu saya membandingkan jumlah kalori yang ada pada setiap makanan. ini adalah perlu untuk saya mengenal pasti jenis makanan yang akan saya makan.

  • Nasi putih (1 1setengah cawan) - 260
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) - 400
  • Mee goreng kosong (sepinggan) - 660
  • Mee sup (semangkuk) - 380
  • Mee hoon goreng (sepinggan) - 550
  • Roti putih (2keping) - 156
  • Roti canai kosong x kuah (sekeping) - 200
  • Thosai - 147 calories
  • Capati - 300 caloriesRoti Canai - 301 calories
  • Roti Telur - 356 calories
  • Porridge with Fish - 172 calories
  • Mee Soup - 383 calories
  • Chicken Satay (10 sticks, no sauce) - 365 calories
  • Wanton Mee (Dry) - 411 calories
  • Beef Burger (Basic) - 427 calories
  • Asam Laksa - 437 calories
  • Nasi Briyani (Rice Only) - 448 calories
  • Nasi Tomato (Rice Only) - 495 calories
  • Curry Mee - 529 calories
  • Mee Bandung - 549 calories
  • Mee Rebus - 576 calories
  • Laksa Lemak - 591 calories
  • Maggi Goreng - 598 calories
  • Nasi Pattaya - 805 calories
  • Hokkien Mee - 1149 calories!!!
berikut merupakan kandungan kalori yang terkandung dalam setiap makanan rutin. oleh itu, saya perlu memastikan jumlah kalori yang saya ambil untuk sehari tidak melebihi kandungan kalori yang diperlukan oleh badan saya (1927 atau 1901 )

  • Sarapan pagi : 2 keping roti + telur 1 biji
  • Makan tengahari : nasi 1 cawan + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah-buahan 1 biji
  • Minum petang : 1 biji bun
  • Makan malam : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah 1 biji
jadual di atas merupakan cadangan pemakanan untuk saya ikut sewaktu program mengurangkan berat badan. semoga saya mampu mengharunginya!


inilah saya pada tahun 2005 - 2008

dan kini...


adui.. saya sudah menjadi gemuk..



No comments: