Friday, January 30, 2009

Journey to Miri Chinese New Year 2009

abang, ngah jeli dan aku (ngah mengawal bekalan makanan ^_^)


abang sedang memandu dengan prihatin


dua tin minuman isotonik 100 plus teman sepanjang perjalanan


inilah datuk shafiq raikonen, teman seperjuangan yang pada ketika ini baru balik dari sibu. (saya mengambilnya di stesen bas Miri)


cuaca memang buruk!



assalamualaikum

alhamdulillah, hari yang diberikan kepada saya oleh Tuhan amat indah. semuanya berlalu dengan baik dan bermakna. saya telah bertolak ke Miri pada Isnin, 26 Januari yang lalu. perjalanan ke Miri dengan menggunakan bas memang memenatkan tapi bagi saya, saya amat seronok kerana saya dapat melihat keindahan tanah air sendiri. saya akui, saya tidak gemar untuk menggunakan kapal terbang. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 12 jam (standard) telah menjadi 16 jam disebabkan oleh bas Biaramas yang kerap berhenti untuk mengambil penumpang. saya bertolak pada pukul 7.30am dan sampai di Miri pada pukul 11.30pm. saya pergi ke Miri untuk memandu kereta abang saya pulang ke Kuching. oh ya, abang saya telah diminta berkhidmat di firma guaman di Kuching kembali. disebabkan abang saya tidak berapa mahir memandu dalam perjalanan jauh, saya galas tugas tersebut dengan hati yang terbuka (^_^).

tahun baru cina di Miri sememangnya meriah. sukar untuk saya tidur di malam hari akibat bunyi mercun yang kuat dan tanpa henti. di sekitar perumahan tempat saya diami, hampir setiap hari ada tarian naga yang dipersembahkan oleh persatuan cina Miri. saya begitu tertarik sekali dengan tarian tersebut.

pejam celik pejam celik, saya sudah kembali ke Kuching, berangkat dari Miri pada pukul 8.30am dan sampai di Kuching pada pukul 10.00pm. saya memandu dari Miri ke Sibu dan seterusnya disambung oleh abang saya. mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang perjalanan kami kecuali ketika melimpasi bandar Sibu yang ketika itu sedang banjir dan menaiki bukit begunan di kawasan sri aman. kami tiba di Sibu pada pukul 2pm. saya sama sekali tidak menyangka bahawa jalan di sepanjang jalan Lanang dinaiki air. "belting" kereta kelisa abang saya berbunyi kasar selepas merempuh air tersebut. namun, setelah beberapa jam kemudian, bunyi tersebut hilang. di bukit begunan, pada pukul 8pm, hujan yang turun tanpa henti telah mengakibatkan kabus yang begitu tebal sehinggakan kami terpaksa berhenti seketika di tepi jalan. saya tidak dapat melihat jalan raya disebabkan oleh kabus yang bergerak umpama awan yang sarat hendak hujan.


kini saya sudah kembali. syukur alhamdulillah. saya akan kembali ke unimas isnin nanti untuk ke kelas. saya rindu akan kawan-kawan saya di sana, terutamanya seseorang yang telah mengetuk pintu hati saya.


sehingga ketemu lagi ya! salam..



Saturday, January 17, 2009

kembali




assamualaikum..

wah, hampir 2 minggu saya tidak menulis blog.rindu benar rasanya. macam-macam perkara telah berlaku dalam tempoh masa 2 minggu ini. ada yang baik dan ada yang buruk. saya berasa amat bersyukur kerana masih lagi bernafas dan menghirup udara yang segar. saya juga berasa amat bersyukur setelah saya pulih sepenuhnya daripada penyakit yang menyebabkan saya terlantar seminggu. alangkah mengejutkan apabila doktor memberitahu yang saya dikhuatiri dijangkiti penyakit HFMD (hand foot mouth disease).saya hanya terduduk dan mula berfikir bahawa inilah takdir saya.namun, setelah 3 hari, saya diberikan rawatan intensif oleh 3 orang doktor di HUS, simptom-simptom penyakit HFMD mula hilang dan bintik2 merah sudah tidak kelihatan lagi.doktor mengumumkan kepada saya bahawa keadaan saya sebenarnya mengalami masalah ketidak seimbangan elektrolit akibat terlalu penat bekerja. setelah itu, kuching mengalami banjir yang teruk. dengan kesihatan saya yang kurang memuaskan, saya terpaksa kembali ke kampung untuk membantu anjang saya yang rumahnya telah dinaiki air setinggi paha. kuching mengalami hujan tanpa henti selama 2 minggu, yang mana telah menyebabkan segelintir kawasan dinaiki air. alhamdulillah rabu lalu saya telah kembali semula ke kampus. semuanya kelihatan tenang dan senarai penyelia penulisan ilmiah juga telah keluar. saya diletakkan di bawah pengawasan dr awg azman awg paiee. ini menandakan bermulanya proses penyusunan bahan akademik.

di miri pula berlaku insiden tanah runtuh yang telah mengorbankan 2 orang pekerja syarikat minyak Shell. itu adalah berita yang saya terima daripada abang saya dua hari yang lepas. cukup menggerunkan. hujan yang turun tanpa henti telah mengakibatkan struktur tanah di kaki bukit kanada menjadi lemah dan mula terhakis.

di bumi arab lain pula ceritanya. israel membedil negara palestin tanpa perikemanusiaan. israel sudah tidak kenal siapa musuh siapa orang awam. apa yang terlintas di dalam ehud olmert hanya kepuasan setelah memusnahkan kaum palestin di bumi mereka sendiri. saya sudah seakan-akan tidak lagi percaya dengan kekuatan yang ada ada pertubuhan-pertubuhan dunia ketika ini. apa yang telah mereka lakukan untuk menghentikan peperangan tersebut? ke mana perginya pemimpin-pemimpin liga arab? mengapa mereka mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja dan hanya duduk melihat saudara seagama mereka dibunuh oleh israel laknatullah? jika difikirkan secara logik oleh akal manusia, negara israel hanyalah kecil kalau dibandingkan dengan jumlah negara arab jika disatukan. saya menyokong secara peribadi kenyataan yang diluahkan oleh presiden iran, mahmud ahmadinejad, "anda hanyalah seorang pengecut yang hanya berlindung di sebalik serban anda". luahan nya itu disampaikan terus kepada raja arab saudi dalam persidangan liga arab baru-baru ini. inilah pemimpin yang dikatakan berani dan hebat. beliau tidak pernah tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia. pbb? jangan dipersoalkan lagi badan dunia yang sudah "umpama kerbau ditarik hidung" itu. apalah yang bermakna bagi warga palestin jika hanya gencatan senjata dilakukan, kalau dibandingkan dengan jumlah korban nyawa yang telah dicatatkan? itu sekadar pandangan saya sebagai umat islam. saya secara peribadi berfikir dunia kini satu tempat yang seolah-olah "padang permainan" kuasa-kuasa besar dunia. hanya kita yang kecil umpama belalang ini, menerima tempias permainan kuasa-kuasa besar dunia tersebut.


wah, jauh benar saya berhujah kali ini. inilah akibatnya apabila saya lama tidak menulis blog. sentiasa ada sahaja di dalam kepala ini untuk dikongsikan bersama dan untuk direnungi bersama. oh ya, saya sudah pun tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek. tahun baru, resolusi baru..

wassalam..

Sunday, January 11, 2009

Banjir 11 Januari 2009

Aras sungai sarawak yang sudah menyamai aras jalan raya kampung sourabaya hilir


perhatikan kereta honda putih itu, sudah ditenggelami air.


Kampung sourabaya ulu, sudah juga ditenggelami air


jika saya merupakan pemilik kereta itu, sudah lama saya menangis.


di sekitar kampung gersik yang sudah juga dinaiki air!



assalamualaikum..

hujan yang telah turun tanpa henti sejak 10 hari lalu telah mengakibatkan paras nair naik mencecah paha dan pinggang di sesetengah kampung di kawasan sekitar petra jaya. hujan lebat turun selama beberapa jam bermula pada pukul 4 pagi semalam telah menyebabkan air sungai sarawak mencecah ketinggian hampir 2 meter. inilah kali pertama petra jaya mengalami banjir teruk selepas kejadian yang sama berlaku pada tahun 1965. marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Ilahi agar keadaan ini segera pulih..

wassalam

Wednesday, January 7, 2009

semalaman di hospital ,rabu (7januari)

setelah di x ray. saya kasihan melihat makcik di sebelah saya yang dari awal saya masuk, hanya menyebut nama anaknya.



sebelum melelapkan mata, setelah semua pemeriksaan pukul 3 pagi.


assalamualaikum wbt.

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat yang tidak putus-putus memberikan saya dorongan untuk kembali sihat.

pada lewat petang semalam, saya telah mengalami kekejangan paha hingga ke buku lali. rasa yang seakan-akan mencucuk itu mula menyerang sendi-sendi di bahagian lutut selepas saya pulang daripada fakulti. namun, saya pada mulanya tidak menyangka apa-apa berlaku tetapi ketika dalam memandu pulang ke rumah, saya rasa kaki saya seolah-olah tiada. kesakitan yang dirasai pada kaki sudah menjalar sehingga saya berfikir bahawa saya telah kehilangan kaki. setelah sampai di rumah, kebetulan pap, mak dan syamim telah pergi ke rumah anjang. saya terus menelefon syamim dan meminta kunci. kesakitan yang teramat sangat sudah mula saya rasa di seluruh bahagian kaki dan saya hanya mampu untuk membaca beberapa potong ayat-ayat suci al quran untuk menenangkan hati. saya yang pada ketika itu tidak lagi mampu berjalan hanya berpaut pada kudrat pap dan syamim untuk memapah saya ke kereta.s aya dihantar oleh pap ke unit kecemasan hospital umum sejurus mereka sampai di rumah. seperti biasa, lumrah hospital kerajaan yang mana prosedurnya memakan masa begitu lama sehinggakan saya seakan-akan hilang akal menahan sakit di bahagian kaki. mujurlah ada seorang pembantu perubatan yang saya ingat reonald namanya, menghampiri serta menanyakan tentang keadaan saya setelah sudah hampir satu jam baring di atas katil roda. selepas diambil darah, saya terus diberikan suntikan valium. rasa sakit yang kian mencengkam masih ada tetapi saya hanya baring dan cuba menenangkan diri. pap pula duduk di sebelah dan nasib baik pap mempunyai cuti untuk hari khamis.

setelah itu, ada seorang doktor wanita berketurunan India menghampiri dan bertanyakan tentang sejarah tulang. memang benar, saya pernah terjatuh sebelum ini tetapi itu sudah beberapa tahun yang lalu, 2003 kalau tidak silap saya. doktor itu kemudian mengarahkan saya menjalani x ray di bilik radiologi. memang leceh. masuk jam 11malam, saya di x ray dan sejurus selepas itu, saya di masukkan ke wad pemerhatian dan menunggu di sana sehingga laporan x ray dikeluarkan. satu penantian yang menyeksakan. pada pukul 3 pagi, barulah doktor mengumumkan kepada saya tentang apa yang berlaku, saya mengalami kekejangan urat saraf bahagian belakang dan kesannya menjalar kepada kaki. selain itu, saya telah diserang darah tinggi yang mana menerangkan mengapa saya berasa terhuyung-hayang. alhamdullilah, saya lega mendengar berita tersebut dan saya diberi suntikan valium kedua. suntikan tersebut benar-benar menewaskan saya.

pada pagi esoknya, tepat pukul 8pagi saya keluar dan saya sudah mampu berdiri. peristiwa yang berlaku sememangnya memberikan pengalaman yang sungguh pahit kepada saya. saya berdoa agar tidak lagi mengalami pengalaman yang serupa pada masa yang akan datang. sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih khas buat pap dan syamim..dan juga sahabat-sahabat saya...




Monday, January 5, 2009

Sehari yang sejuk

Assalamualaikum..

alhamdulillah, isnin telah berlalu dengan sungguh tenang. semua urusan kelas dan bilik penginapan telah diselesaikan. cuma saya belum dapat melunaskan yuran pengajian semester ini kerana saya belum mempunyai sumber yang cukup. maklumlah, sudah 2 tahun saya tidak menerima dana daripada ptptn. pada mulanya memang sukar untuk hidup tanpa duit pinjaman tetapi lama kelamaan saya berjaya menyesuaikan diri. bukan apa, saya bersyukur kerana sepanjang tempoh pengajian berdana, saya hanya meminjam RM9000 sahaja. berbanding dengan rakan-rakan saya yang lain, berjumlah RM18,000.

semester inilah saya berasa sungguh tenat sedikit, kerana saya tidak mempunyai sumber yang cukup untuk membayar yuran pengajian yang berjumlah RM691. belum lagi termasuk yuran bilik penginapan berjumlah RM532. saya sememangnya sudah pusing kepala apabila memikirkan yuran-yuran ini saban malam. saya memang tidak mahu memberitahu pap tentang yuran ini. ini adalah kerana saya tidak lagi mahu membebankan pap dengan bayaran yang tinggi. cukuplah hanya adik saya yang bongsu menggunakan bantuan kewangan pap. saya lihat pap sudah banyak berkorban demi saya, selama 4 tahun pengajian saya di Unimas. bila lagi saya berupaya membalas jasanya itu?

saya perlu berkerja keras untuk membayar yuran tersebut. alhamdulillah saya bersyukur, yuran bilik penginapan tidak perlu dibayar segera. bermakna, saya hanya perlu membayar yuran pengajian sahaja. saya mempunyai separuh daripada jumlah yuran tersebut. tidak mengapa, saya boleh mencari pekerjaan sambilan lagi, seperti yang telah saya lakukan ketika berada di tahun dua. saya memang tidak mahu lagi melihat pap bersusah payah kerana saya. cukup.

pap tidak lupa untuk memberikan saya wang saku untuk ke Unimas setiap minggu. tetapi, saya masih dirundung rasa bersalah kerana pap masih lagi memberikan saya wang dan saya seolah-olah seperti seorang kanak-kanak sekolah. saya bahagikan duit itu separuh ke dalam bank saya untuk simpanan dan separuh lagi untuk saya berbelanja. saya memang tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian saya mei nanti kerana membalas segala jasa pap dan mak menjadi perkara paling utama. walaupun saya lewat menamatkan pengajian, saya yakin saya mampu memberikan pap dan mak kegembiraan yang maksima kerana saya merupakan anak yang bermasalah sejak kecil. nakal, degil dan sering melawan. namun tanggal mei 2005 membawa saya ke alam baru, alam universiti.

Sunday, January 4, 2009

Hati ini kini terbuka

Sesungguhnya saya mengakui kini hati saya sudah disentuh oleh seseorang yang pernah menjadi begitu bermakna di dalam hidup saya.

Saya berasa bersyukur sekali kerana masih ada yang mengingati diri saya dan memberikan dorongan yang begitu jitu. alangkah indahnya sekiranya hati ini menjadi miliknya walaupun belum pasti hatinya menjadi satu dengan hati ini.

apa yang pasti, saya mesti berusaha untuk membuktikan bahawa saya bukanlah selemah yang dulu..

mohon agar masa masih lagi mahu memberikan saya peluang untuk membuktikan segalanya..



"Yang paling membahagiakan dlm hidup ini adalah kalau kita bisa berbuat sesuatu yang berarti untuk orang yang kita cintai" - Mike Mohede

Friday, January 2, 2009

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009


Mohammad Sutiadi Haji Hamsawi 2009




assalamualaikum

alhamdulillah, kita telah selamat meninggalkan tahun 2008 dengan kenangan yang sukar untuk dilupakan. saya ingin memohon maaf kerana tidak sempat untuk menulis blog sempena pembukaan tahun baru 2009. saya mempunyai sedikit urusan yang memerlukan saya berada di luar kawasan.

banyak yang telah dilakarkan di dalam tahun 2008. setiap kenangan yang dicipta tidak terlepas daripada cebisan-cebisan kekecewaan dan dibaluti kesedihan. tidak kurang pula dengan memori yang cukup manis dilalui bukan sahaja oleh diri saya malah, ketika bersama teman-teman seperjuangan yang lain.

tahun 2008 memberikan saya begitu banyak memori yang akan saya sematkan di dalam kotak minda saya sampai bila-bila. tahun inilah banyak mengajar saya nilai-nilai dalam kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. pendeknya, semua yang terkandung di dalam kehidupan. amat subjektif sekali jika diperkatakan secara lisan namun, saya merasa sendiri setiap apa yang berlaku pada diri saya sedikit sebanyak membuka mata saya kepada suatu benda baru. saya bersyukur, saya tidak dibutakanNya dalam mengenal siapa lawan siapa kawan, apa yang dilihat sebagai permata dan apa yang dilihat sebagai kaca.

saya mengharungi tahun 2008 dengan pelbagai harapan. banyak yang saya impikan untuk dicapai pada tahun itu. ada yang telah berjaya saya realisasikan dan ada yang gagal. pada tahun 2008, saya berpeluang untuk melangkah jauh di dalam bidang yang saya minati, iaitu nyanyian. kumpulan nasyid Unimas, DaMy telah memenangi anugerah Kumpulan Harapan dan Seri Perdana dalam pertandingan nasyid antara Universiti majlis kebudayaan antara Universiti MAKUM 2008 yang bertempat di Johor disember lalu. di dalam kumpulan DaMy lah saya bertemu dengan sahabat yang benar-benar memahami saya sebagai peminat muzik. saya amat berterima kasih kepada hishamudin dan rakan-rakan yang lain kerana memberikan saya keyakinan dalam melakukan semua ini bersama-sama DaMy. zul, nasir, hazrul, kurt, faizal, fakro, is, mukmin, amirul, alip dan rosdi. terima kasih.

saya tidak akan dapat melupakan kenangan gila-gila ketika bersama sahabat seperjuangan kelas kajian komunikasi pada tahun 2008. jamali, santha, suhaila, hazri, nira dan zura. saya memang amat menyenangi mereka. tidak pernah sekalipun mereka gagal untuk menenangkan hati bila saya berada di dalam keadaan yang gusar. antara perkara yang paling gila-gila pernah dilakukan adalah ketika menyertai ekspedisi "ghost-hunting". saya masih ingat lagi ketika itu, saya sedang memandu kereta. jamali sedang menerangkan sesuatu kepada santha dan suhaila. ketika sedang menuju ke makam sultan tengah, saya terpaksa memberhentikan kereta secara mengejut kerana "sesuatu" sedang melintas jalan. benda tersebut kalau hendak dikatakan monyet, tidak juga, tupai tidak juga. badannya berupa seekor monyet kecil dan tidak mempunyai sebarang bulu. dan benda tersebut berjalan secara mengengsot. jamali yang pada ketika itu asyik bertanya kepada saya, apa itu richie? berulang kali. mujurlah suhaila dan santha lekas menyedarkan saya lalu memutar balik stereng kereta balik ke kawasan petrajaya. masing-masing diam seribu kata ketika dalam perjalanan pulang.

bulan november memberikan saya satu pengalaman baru. selama 4 tahun benih-benih cinta yang saya semai selama ini akhirnya terlerai juga. saya kesal, kecewa dan sedih kerana saya tidak mampu untuk menahan hubungan yang telah saya bina selama 4 tahun. perit memang perit tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan melepaskannya pergi. dia sudah tiada ertinya di dalam hidup saya kini. saya pasti dapat melalui tempoh ini.. pasti...