Saturday, January 17, 2009

kembali




assamualaikum..

wah, hampir 2 minggu saya tidak menulis blog.rindu benar rasanya. macam-macam perkara telah berlaku dalam tempoh masa 2 minggu ini. ada yang baik dan ada yang buruk. saya berasa amat bersyukur kerana masih lagi bernafas dan menghirup udara yang segar. saya juga berasa amat bersyukur setelah saya pulih sepenuhnya daripada penyakit yang menyebabkan saya terlantar seminggu. alangkah mengejutkan apabila doktor memberitahu yang saya dikhuatiri dijangkiti penyakit HFMD (hand foot mouth disease).saya hanya terduduk dan mula berfikir bahawa inilah takdir saya.namun, setelah 3 hari, saya diberikan rawatan intensif oleh 3 orang doktor di HUS, simptom-simptom penyakit HFMD mula hilang dan bintik2 merah sudah tidak kelihatan lagi.doktor mengumumkan kepada saya bahawa keadaan saya sebenarnya mengalami masalah ketidak seimbangan elektrolit akibat terlalu penat bekerja. setelah itu, kuching mengalami banjir yang teruk. dengan kesihatan saya yang kurang memuaskan, saya terpaksa kembali ke kampung untuk membantu anjang saya yang rumahnya telah dinaiki air setinggi paha. kuching mengalami hujan tanpa henti selama 2 minggu, yang mana telah menyebabkan segelintir kawasan dinaiki air. alhamdulillah rabu lalu saya telah kembali semula ke kampus. semuanya kelihatan tenang dan senarai penyelia penulisan ilmiah juga telah keluar. saya diletakkan di bawah pengawasan dr awg azman awg paiee. ini menandakan bermulanya proses penyusunan bahan akademik.

di miri pula berlaku insiden tanah runtuh yang telah mengorbankan 2 orang pekerja syarikat minyak Shell. itu adalah berita yang saya terima daripada abang saya dua hari yang lepas. cukup menggerunkan. hujan yang turun tanpa henti telah mengakibatkan struktur tanah di kaki bukit kanada menjadi lemah dan mula terhakis.

di bumi arab lain pula ceritanya. israel membedil negara palestin tanpa perikemanusiaan. israel sudah tidak kenal siapa musuh siapa orang awam. apa yang terlintas di dalam ehud olmert hanya kepuasan setelah memusnahkan kaum palestin di bumi mereka sendiri. saya sudah seakan-akan tidak lagi percaya dengan kekuatan yang ada ada pertubuhan-pertubuhan dunia ketika ini. apa yang telah mereka lakukan untuk menghentikan peperangan tersebut? ke mana perginya pemimpin-pemimpin liga arab? mengapa mereka mengambil langkah untuk berdiam diri sahaja dan hanya duduk melihat saudara seagama mereka dibunuh oleh israel laknatullah? jika difikirkan secara logik oleh akal manusia, negara israel hanyalah kecil kalau dibandingkan dengan jumlah negara arab jika disatukan. saya menyokong secara peribadi kenyataan yang diluahkan oleh presiden iran, mahmud ahmadinejad, "anda hanyalah seorang pengecut yang hanya berlindung di sebalik serban anda". luahan nya itu disampaikan terus kepada raja arab saudi dalam persidangan liga arab baru-baru ini. inilah pemimpin yang dikatakan berani dan hebat. beliau tidak pernah tunduk kepada mana-mana kuasa besar dunia. pbb? jangan dipersoalkan lagi badan dunia yang sudah "umpama kerbau ditarik hidung" itu. apalah yang bermakna bagi warga palestin jika hanya gencatan senjata dilakukan, kalau dibandingkan dengan jumlah korban nyawa yang telah dicatatkan? itu sekadar pandangan saya sebagai umat islam. saya secara peribadi berfikir dunia kini satu tempat yang seolah-olah "padang permainan" kuasa-kuasa besar dunia. hanya kita yang kecil umpama belalang ini, menerima tempias permainan kuasa-kuasa besar dunia tersebut.


wah, jauh benar saya berhujah kali ini. inilah akibatnya apabila saya lama tidak menulis blog. sentiasa ada sahaja di dalam kepala ini untuk dikongsikan bersama dan untuk direnungi bersama. oh ya, saya sudah pun tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek. tahun baru, resolusi baru..

wassalam..

2 comments:

aM3Lia said...

akhirnya dpt juak mek follow blog ktk..dr ria coba xpat..ehehehe...anyway..baguslah mun ktk dah o.k...jaga dirik ya bagus2...x lamak gik nak abis..bpk mek salu mdh...sik guna belajar tinggi tapi last2 kita sakit...xda org mok terimak kita keja kelak....semoga sihat selalu..:)

adi daneal said...

yup. benar kata ktk ya amy. mek nang dah jaga bena2 kesihatan mek kali tok. sbb mun kali tok mek rebah agik, mek mungkin sik lamak gik. ya nasihat doktor. huhu, sik lamak gik bulan Mei owh..kita akan abis..thank god.