Saturday, December 27, 2008

Miri 2008

entahlah apa yang difikirkan aku ketika ini, kenyang sangat agaknya..


aku bersama zaidah dan kakaknya zarifah, anak2 buahku di rumah mereka di permyjaya, miri.


inilah teman-teman persekolahan lama.. bila berjumpa memang lekat berjam-jam!


pemandangan indah pada petang ahad, di marina bay, miri..




assalamualaikum

sudah hampir sebulan saya tidak menulis blog dan saya akui, saya rindukan suasana tenang ketika menulis blog dan berkongsi cerita dan pengalaman hidup saya bersama pembaca sekalian. pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak menulis blog untuk beberapa tempoh sebelum ini kerana saya telah bercuti di tempat kesayangan saya, miri.

miri adalah sebuah bandar kecil yang terletak berdekatan dengan negara brunei darussalam. ia juga merupakan sebuah bandar kecil yang terkenal dengan kekayaan petroleumnya. terus terang saya katakan, walaupun 12 tahun saya meninggalkan bandar kecil ini namun, saya lebih sukakan perasaan ketika berada di sini.

saya dilahirkan di kuching, tetapi setelah itu, saya menetap di miri selama hampir 13 tahun. memang saya rindukan keriangan ketika berada di dalam persekolahan rendah, terutamanya di sekolah rendah kebangsaan anchi. saya berangkat dari terminal bas di kuching pada 12 disember, pukul 9 malam dan saya sampai di terminal bas miri pada pukul 11 pagi. namun, setelah beberapa ketika berada di miri, saya demam panas selama 2 hari. bayangkan saya tidak mampu untuk bangun. mujurlah abang saya ada untuk membelikan saya ubat di farmasi. kenapa saya tidak ke klinik? senang saja, saya tidak mahu menyusahkan abang saya yang pada ketika itu mempunyai 2 kes mahkamah.

saya selalu berkunjung ke esplanade, luak pada waktu petang. berehat di sini memang mengasyikkan. hembusan angin laut yang kuat menampar lembut. di sini juga saya bertemu dengan seseorang yang amat istimewa dalam hidup saya. mungkin pertemuan ini agak awal tetapi saya berasa gembira setelah bertemu dengannya. dia membuatkan hati saya kembali riang, dan saya tidak lagi keseorangan.

namun, saya sudah balik semula ke kuching pada 26 haribulan yang lepas. saya pasti akan merinduinya. begitu juga dengan kawan-kawan saya yang lain. kawan-kawan lama saya yang telah 12 tahun saya tidak temui. semuanya telah berubah. ada yang sudah bekerja. ada yang sudah menimang cahaya mata. saya amat gembira. walaupun Tuhan menarik teman istimewa saya pergi, saya bersyukur saya masih ada teman-teman dan sahabat saya yang tidak pernah berhenti memberi sokongan..terima kasih kawan-kawan...

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala memori dan kenangan manis yang pernah dilakarkan bersama-sama pada tahun 2008. terutamanya ketika bersama-sama teman seperjuangan Unimas dan teman-teman sekelas ketika persekolahan. saya sememangnya tidak akan dapat meneruskan hidup ini tanpa bantuan kamu semua.. terima kasih.. jumpa lagi untuk tahun yang akan datang..




Thursday, December 11, 2008

hari raya aidil adha 08

adik saya, amim di pangkalan


inilah perjalanan menuju ke kampung saya, 20minit di dalam perahu tambang


ketika berada di kebun kelapa dan padi huma.

bang boy dan udien tengah mempromosikan air kelapa pandan yang sungguh menyegarkan..


persiapan menjelang raya dilakukan dengan rapi (udak ni, ibu, usu dan yak jebi)


bang jai menemani anak-anak buah bermain bunga api di malam raya.


inilah jalan menuju ke kampung saya, kira-kira 1.5km daripada pangkalan



assalamualaikum

alhamdulillah, tidak adil jika saya mengatakan bahawa raya haji tahun ini tidak semeriah tahun lepas. sememangnya raya haji tahun ini memang hebat dan menyeronokkan. lebih-lebih lagi pada tahun ini saya meraikannya bersama sanak saudara sebelah ibu di kampung tiang api, kuching. saya bermalam di sana selama 2 hari dan persiapan untuk menyambut hari raya haji dilakukan dengan penuh semangat kekeluargaan. di sini saya sertakan beberapa gambar kenangan saya dan keluarga ketika menyambut hari raya haji tahun ini. wassalam

Tuesday, December 9, 2008

Festival Nasyid MAKUM 2008, UTM Johor

saya bersama Isz ketika makan malam di dewan sultan iskandar, makanannya memang pedas!


Bergambar di depan bilik penginapan, kolej 16, UTM skudai



selepas pendaftaran kumpulan, masing-masing mempunyai kewarasan akal tahap minimum (kepenatan)


sempat juga bergambar sebelum memasuki kapal terbang


saat bergelar kumpulan harapan dan memenangi anugerah seri perdana


kurt dan hisham sedang bermain-main sewaktu menunggu giliran pertandingan (makeup hazrul menjadi mangsa)


alif cuba membantu melekapkan shawl ke pakaian zul


saya hairan apa yan dicari oleh hazrul. gambar ini diambil ketika sarapan pagi di dewan sultan iskandar. (hisham mencuba ilmu batinnya)

satu kesilapan teknikal oleh UTM, gambar kumpulan Unimas tetapi nama Universiti Darul Iman Malaysia (Terengganu)

setelah penat bertanding, dalam lif pun jadilah bergambar seketika.

kurt cuba mendemonstrasi teknik-teknik bedak sejuk ala-ala Joker


bersama teman seperjuangan daripada UMS,


setelah memenangi peringkat saringan pada 2 Disember.

sebelum bergerak ke destinasi pertandingan.



sesi bergambar kenal-kenalan pada 1 Disember


sebelum ke majlis makan malam dan sesi fotografi.

inilah pemandangan daripada bilik saya, tingkat 8, kolej 16, UTM


setelah selesai sesi sound check


pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi UTM.


inilah bukti kegagalan Air Asia menangani barangan penumpang. (alat guzen kurt hampir tidak dapat digunakan kerana patah)



hazrul, kurt dan fakro masing-masing tersenyum panjang setelah kapal terbang mendarat.(mentang-mentang rumah dekat je)



entahlah apa yang difikirkan oleh isz ketika check in di lapangan terbang kuching.



pergi dengan membawa satu harapan, satu tujuan, satu destinasi.. MCD..ehh..salah.. UTM!



assalamualaikum

alhamdulillah, saya baru sahaja selesai memuat naik gambar-gambar semasa mengikuti pertandingan nasyid majlis kebudayaan antara universiti malaysia (MAKUM) tahun 2008 di UTM, Johor. kenangan yang lahir semasa pertandingan tersebut amatlah manis dan jika boleh, saya ingin menikmati semula kenangan tersebut. di sini saya paparkan khas untuk para pembaca beberapa kenangan yang diukir oleh ahli kumpulan nasyid Unimas iaitu kumpulan Da'My. sekian.. wassalam.