Monday, May 17, 2010

hari yang indah tanpa mereka di sisi..

salam..

sudah masuk 6 hari tamatnya program GEMS dan saya akui, saya masih lagi dalam keadaan merindui teman2 GEMS saya. entah..saya merasakan hidup saya serba kosong.. tiada lagi rutin harian bangun seawal 6pagi, bersarapan dengan kawan2 pada pukul 7am dan memasuki pejabat syarikat. tiada lagi hilai tawa rakan2 sepejabat yg saya dengari. saya merindui semua itu!

semuanya kerana GEMS.. saya akui diri saya berubah setelah menjalani latihan GEMS. sudah tentu dari segi keupayaan saya berkomunikasi dan menangani masalah2 syarikat, saya memang sudah melangkah jauh. saya kini tidak lagi gugup untuk bercakap di depan khalayak ramai. saya sudah menemui sentuhan keyakinan yg telah hilang.

pada awal hari2 saya di GEMS, kekakuan itu masih ada. bayangkan, saya diletakkan dalam kumpulan yang semuanya baru bagi diri saya. saya hanya senyum sahaja pada hari pertama. portfolio yg saya pegang pada masa itu, pada masa awal2 program GEMS, saya diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan koir GEMS yang pada masa itu, dianggotai oleh hampir 25 orang peserta. saya dibantu oleh Fariz, seorang sahabat yang bersama-sama menempuh dugaan GEMS bersama saya. Fariz seorang sahabat yang sangat baik dan memahami. kami ditempatkan di dalam bilik yg sama, dan seorang lagi sahabat saya Melvin turut menyertai kami di dalam bilik 122, tingkat 1 hotel penview.


Kumpulan Koir GEMS04 Kuching.. youre the best!

alangkah rindu nya saya akan bilik itu. bilik kecil yg mempunyai 2 katil kayu dan 1 katil besi. sebiji peti ais kecil berada jauh di sudut pintu bilik. peti ais yg menjadi tempat wajib cendol dan air2 tin yang kami beli berehat.. di dalam bilik ini juga tempat lepak bebrapa rakan2 GEMS lain.. Anuar, Awang, Min dan juga Viranjit.. di dalam bilik 122 ini juga tempat kami bergosip.haha..


semasa minggu Sales Representation..bersama Awang

pada awal modul, saya diletakkan dalam kumpulan EMERALD (bermula dengan huruf E) bersama-sama rakan2 GEMMIEZ yg lain seperti Delia, Phylis, Anes, Rashid, Ummul, Mildred dan Melimi. kami hanya bersama untuk modul yg pertama (Achieving Personal Excellence). selepas itu, kami dipecahkan lagi kepada 8 syarikat yang besar. saya diletakkan dalam syarikat pertama iaitu Sapphire bersama-sama 20+ lagi rakan2 GEMMIEZ. kumpulan Sapphire dipimpin oleh Adlina Sojep, seorang yang tidak asing bagi saya, rakan seuniversiti dahulu. di dalam Sapphire Bistro Station, kami disertai bukan sahaja GEMMIEZ dari Sarawak malah dari Sabah dan Semenanjung pun terlibat sama. saya merindui mereka! Adlina, Liyana, Diana, Azrina, Nana, Fazlie, Hum, Pidah, Ummul, Pit Na, Christina, Ezra, Ah Yung, Viranjit, Now, Pauline, Nani, Juem, Sobb, dan Racha.. merekalah teman2 saya yg bersama-sama berhempas pulas menjadikan saham Sapphire tetap utuh berada di tempat ke dua selepas syarikat Amber.


Syarikat Kebanggaan saya, Sapphire Bistro Station, tempat kedua senarai BKSE

sepanjang GEMS, banyak perkara yg telah saya pelajari..khususnya selok belok dunia korporat. baru kini saya mengerti bukan lah mudah untuk hidup dalam dunia ini. berdepan dengan pelbagai kemungkinan, saya dimarah, dipuji, disanjung.. semuanya sudah saya rasai ketika berada di dalam GEMS. saya tidakkan lupa pengalaman bergelar pengarah projek Megatrends Conference yang julung2 kali diadakan dalam GEMS tahun ini. bagaikan budak yg baru belajar, saya membuat kesilapan demi kesilapan semasa menangani Conference ini. conference yang melibatkan 200 peserta, 3 penceramah jemputan dan perasmian oleh seorang yang bergelar yang berhormat. alhamdulillah dengan bantuan teman2 committee yg lain. akhirnya conference telah berjalan dengan lancar dan telah menjadi benchmark yang sukar dicapai oleh peserta GEMS site yang lain. semasa mengendalikan projek ini, saya terlantar semalaman di hospital kerana terlalu stress. mujur Tuan Haji Ibrahim ada melawat saya pada ketika itu. terima kasih kawan2 khususnya Fariz, Viranjit, Muhaimin dan juga Bhal kerana membantu saya.


team2 Megatrends..terima kasih semua!


Ah Yung, saya dan Viranjit tengah rancak berbincang di dalam pejabat.


banyak lagi aktiviti yang telah saya lalui semasa menjalani latihan GEMS.. terlalu sukar bagi saya untuk ungkapkan dengan kata2. semua memori yg terlakar mempunyai kekuatan tersendiri. khususnya memori semasa kursus teambuilding, corporate responsibility.. saya amat merindui kenangan itu semua.


rakit kami akhirnya berjaya menyeberangi kolam! haha


saya Viranjit dan Ah Yung sebilik..tengah memasang krim pencegah sunburn


tiga gergasi org kuat Sapphire Super Seven, Ezra, Ah Yung dan saya..


selepas aktiviti rakit, semuanya sunburn...haha


sekilas kenangan semasa pertandingan futsal.. kedua2 kategori (lelaki dan perempuan) dimenangi SAPPHIRE!

hidup saya semasa GEMS sememangnya sibuk. sehinggakan saya tidak mempunyai masa untuk berehat dan bersuka ria seperti pemuda2 lain. tetapi, saya gembira, saya meluangkan masa saya bersama2 teman2 GEMS. kami selalu berkunjung ke macdonald ataupun kfc tengah2 malam setiap kali mesyuarat tamat ataupun kerja-kerja di pejabat selesai. sudah pasti, salah seorang daripada kami akan berkata "JOM.. MCD!"


Thursday, May 13, 2010

sekembalinya dari program GEMS

assalamualaikum..

pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana sudah hampir 3 bulan saya tidak mengemaskini blog yg saya rindui ini. maklumlah, saya baru sahaja selesai menjalani program latihan GEMS (Graduate Employability Management Scheme) yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

jujur saya akui, pada mulanya hati ini berasa amat berat untuk menyertai program GEMS kerana saya tidak tahu sedikit pun informasi ttg program GEMS. setelah saya dipanggil untuk menghadiri temuduga oleh Career Excell, saya lantas bersetuju, bukan apa, elaun yang diberikan semasa program GEMS adalah rm750 sebulan. terus menerpa di dalam fikiran saya, goyang kaki sahajalah saya nanti.

tetapi bukan itu yg saya jangkakan berlaku. apabila menjejakkan kaki ke Penview Hotel, tempat program GEMS berlangsung.. sangkaan saya meleset sama sekali. program ini sememangnya mencabar.. bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal namun menduga kecerdasan mental setiap pesertanya. belum tiba masanya saya berkongsi pengalaman tersebut.. dalam edisi yang lain barangkali..hehe