Monday, January 5, 2009

Sehari yang sejuk

Assalamualaikum..

alhamdulillah, isnin telah berlalu dengan sungguh tenang. semua urusan kelas dan bilik penginapan telah diselesaikan. cuma saya belum dapat melunaskan yuran pengajian semester ini kerana saya belum mempunyai sumber yang cukup. maklumlah, sudah 2 tahun saya tidak menerima dana daripada ptptn. pada mulanya memang sukar untuk hidup tanpa duit pinjaman tetapi lama kelamaan saya berjaya menyesuaikan diri. bukan apa, saya bersyukur kerana sepanjang tempoh pengajian berdana, saya hanya meminjam RM9000 sahaja. berbanding dengan rakan-rakan saya yang lain, berjumlah RM18,000.

semester inilah saya berasa sungguh tenat sedikit, kerana saya tidak mempunyai sumber yang cukup untuk membayar yuran pengajian yang berjumlah RM691. belum lagi termasuk yuran bilik penginapan berjumlah RM532. saya sememangnya sudah pusing kepala apabila memikirkan yuran-yuran ini saban malam. saya memang tidak mahu memberitahu pap tentang yuran ini. ini adalah kerana saya tidak lagi mahu membebankan pap dengan bayaran yang tinggi. cukuplah hanya adik saya yang bongsu menggunakan bantuan kewangan pap. saya lihat pap sudah banyak berkorban demi saya, selama 4 tahun pengajian saya di Unimas. bila lagi saya berupaya membalas jasanya itu?

saya perlu berkerja keras untuk membayar yuran tersebut. alhamdulillah saya bersyukur, yuran bilik penginapan tidak perlu dibayar segera. bermakna, saya hanya perlu membayar yuran pengajian sahaja. saya mempunyai separuh daripada jumlah yuran tersebut. tidak mengapa, saya boleh mencari pekerjaan sambilan lagi, seperti yang telah saya lakukan ketika berada di tahun dua. saya memang tidak mahu lagi melihat pap bersusah payah kerana saya. cukup.

pap tidak lupa untuk memberikan saya wang saku untuk ke Unimas setiap minggu. tetapi, saya masih dirundung rasa bersalah kerana pap masih lagi memberikan saya wang dan saya seolah-olah seperti seorang kanak-kanak sekolah. saya bahagikan duit itu separuh ke dalam bank saya untuk simpanan dan separuh lagi untuk saya berbelanja. saya memang tidak sabar lagi untuk menamatkan pengajian saya mei nanti kerana membalas segala jasa pap dan mak menjadi perkara paling utama. walaupun saya lewat menamatkan pengajian, saya yakin saya mampu memberikan pap dan mak kegembiraan yang maksima kerana saya merupakan anak yang bermasalah sejak kecil. nakal, degil dan sering melawan. namun tanggal mei 2005 membawa saya ke alam baru, alam universiti.

No comments: