Sunday, August 3, 2008

2008 Regatta Sarawak

aku dan abang aku tengah duduk kat tepi pengkalan sourabaya hilir

Unggal Jijah yang sempoi...tauke pop ice!


nak ke tak nak beli ni?


aku, abang andy, adik aku syamim (bertopi), kazen aku sufri dan anak buah aku, awi


OOOhaaa!

huhu..akhirnya regatta sarawak tahun 2008 telah melabuhkan tirainya.what a spectacular event! tahniah diucapkan kepada para pemenang.walaupun aku tak tau siapa pemenang tapi aku tetap respect semua peserta.they have shown their best effort to fight! memang bersemangat sekali apabila melihat mereka berkayuh sejauh hampir 1 kilometer. pemandangan sekitar tempat regatta seperti biasa,memang supermeriah. tahun ni aku rasa banyak pelancong asing yang hadir memeriahkan suasana regatta. antara yang aku temui adalah pelancong daripada Brunei Darussalam, Australia dan Sweden. kebetulan pelancong Australia dan Sweden telah lama bercuti di bumi kenyalang ini (damai rainforest music festival).

aku turun dari rumah pada petang sabtu betul-betul pukul 4pm dengan menggunakan honda ex5 aku yang lama. mak datuk..kampung aku sudah dibanjiri penonton dari segenap pelosok bandar kuching. kereta dan motorsikal di merata-rata tempat.agak susah juga untuk aku meletakkan motorsikal pada petang tu. tapi aku tidak mengalah. aku park saja kat rumah nenek aku. lagi senang. jalan kaki pun jalan lah.

peniaga sememangnya tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai masing-masing dan menjual pelbagai juadah yang sedap-sedap. world class! ahaha..aku memang suka bab makan-makan ni. aku beli burger, air pop ice, satay panggang.. others like keropok lekor, some cucur and barbequed corn. aku turun ke kampung dengan abang aku yang kebetulan itu bercuti.aku cukup suka suasana yang hiruk pikuk, penuh dengan orang ramai. entahla..aku suka memerhati perlakuan manusia. setiap insan yang ada di kampung aku perhati seorang-seorang. social observer kot?

mula2 petang tu hujan renyai2. tapi tak satupun orang berganjak daripada tepian sungai. aku pun turut asyik meneropong gelagat peserta (i used my uncle's binocular). macam2. apabila pistol dibunyikan, barulah acara bermula dengan rancak. apa yang aku dapat lihat pada petang itu, kumpulan daripada land and survey (LANDAS) memintas perahu lawan satu persatu. memang laju siot! entahla apa yang pengayuh2 mereka makan untuk dapatkan stamina yang luar biasa.

selepas berakhirnya perlumbaan pada petang tu, aku terus ke rumah nenek dan makan nasi dan kari ayam..fuh.makan lagi..memang kenyang giler..

bah2..see you soon on my next adventure! see ya!

No comments: