Tuesday, November 25, 2008

semalam yang sunyi

setiap yang terjadi ada hikmahnya..tetapi aku tetap benci..


assalamualaikum..

alhamdulillah, saya telah berjaya melalui hari yang kelima dalam mengharungi kepahitan berpisah daripada teman istimewa saya. apa yang dapat saya simpulkan, berpisah dengan seseorang yang amat kita kasihi mahupun kita cintai amat menyakitkan tetapi sakitnya perasaan itu bagi saya wujud dalam 2 bentuk. saya mengalami situasi di mana saya ditinggalkan oleh teman istimewa saya atas dasar tawar hati. itu membuatkan saya tertanya-tanya apa kesalahan saya selama ini sehinggakan dia tawar hati untuk menyayangi saya lagi? terus terang saya katakan, saya amat mencintai dirinya dan saya telah melakukan hampir apa sahaja untuk memastikan kebahagiannya. saya amat tidak berpuas hati dengan setiap tutur katanya pada malam khamis itu. tapi saya tetap berusaha menyelamatkan hubungan yang telah terjalin selama 4 tahun itu. namun, nasib sudah menentukan segala-galanya. takdir memisahkan kami berdua.

saya berasa amat kecewa apabila mengenangkan 4 tahun kami bersama namun akhirnya dia memutuskan untuk berpisah. saya memikirkan tentang alasannya yang kurang kukuh itu. apalah salah saya sehingga dia tawar hati? setiap malam saya memikirkan tentang alasan tersebut. daripada tutur katanya malam khamis lalu, amat menyakitkan hati saya. seolah-olah pada ketika itu saya sedang bercakap dengan seseorang yang bukan saya kenali. mengapa harus bercakap kasar? mengapa perlu berdolak dalik? saya akui saya melenting pada malam itu dan saya telah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik disebabkan oleh perasaan marah saya yang sedang membuak. sungguh menyakitkan apabila mendengar perkataan yang lahir daripada mulutnya ketika itu, "saya sudah tawar hati..mohon maaf. awak marah?" demi Allah, tidak akan saya lupakan kata-kata itu sehinggalah tiba masanya saya dijemputNya pulang.

saya berfikir tentang pengorbanan saya selama ini. kalau dihitung sejak tahun pertama hubungan kami, saya rasa sayalah yang paling banyak berusaha mengekalkan perhubungan. saya merupakan lelaki yang tidak suka melihat teman istimewa berada di dalam kesusahan. usah ditanya jumlah wang yang telah saya keluarkan demi tujuan itu. segala penat lelah saya selama ini dia lupakan begitu sahaja..semuanya kerana tawar hati! saya rasa sungguh tidak adil. jika tidak lagi menyayangi saya, mengapa tidak beritahu sahaja satu ketika dulu? saya rasa cinta suci saya dikhianatinya. apa yang lebih menyakitkan hati saya, ini bukan kali pertama dia berbuat demikian, sudah dua kali dia membiarkan saya. namun, atas perasaan sayang yang masih kuat saya pada waktu itu, saya menerimanya kembali dengan harapan dia akan berubah. tetapi saya silap! saya telah diperdayakan lagi. barulah saya sedar bahawa dunia cinta itu tidak semestinya membahagiakan. itu sebab nya saya berubah menjadi pembenci dan pendendam. saya tahu bukan lah suatu yang baik untuk membenci dan mendendam.. tetapi jujur saya katakan, saya amat terluka dan saya amat membenci orang yang tidak pernah pandai menghargai apa yang telah saya lakukan.

setelah selesai makan malam dengan memakan sepinggan nasi goreng yang dibeli dari kafe, saya kembali ke ruang beranda kolej cempaka. angin malam mula menampar wajah saya sedikit demi sedikit. ianya sejuk tetapi menyenangkan. saya hirup setiap udara segar itu beberapa kali sambil meletakkan sekole susu panas di sebelah kiri saya. semuanya berputar lagi pada ketika itu. segala memori-memori manis ketika dia masih lagi bersama saya dimainkan semula. saya tidak mengerti mengapa hati saya memainkan semula rakaman-rakaman lama tersebut, walaupun jauh di lubuk hati saya, perasaan benci itu masih menyala. saya hanya menyerahkan segala-galanya kepada yang maha Esa. agar ditenangkan hati yang sedang marak dengan api kemarahan, api kekecewaan dan api dendam ini.

saya amat berterima kasih kepada teman-teman baik dan rakan-rakan saya yang tidak pernah berhenti memberikan saya sokongan pada ketika ini. mereka memang memahami diri saya. saya sedar bahawa saya pernah melupakan mereka suatu ketika dulu dan kini saya berjanji saya akan sentiasa bersama mereka. setiap kata-kata dan dorongan daripada mereka amat saya hargai. saya akan menamatkan pengajian saya sekitar April 2009 nanti. saya menginginkan keadaan di mana saya akan menyambut tarikh keramat bergelar graduan Ogos nanti bersama seseorang yang saya cintai selain keluarga saya. namun, harapan dan impian tersebut sudah lebur dan ianya turut lebur bersama-sama kenangan yang pahit.

sememangnya..semalam merupakan malam yang sunyi..

2 comments:

Anonymous said...

yalah...satu satu kejahatan dunia yg kita temui n alami..be strong k...

Richie said...

thanks soo hee..