Saturday, November 29, 2008

Sabtu yang sejuk

Ketika membuat persembahan semasa Majlis Anugerah Pelajar Unimas (MAPU) 2008. ketika ini, rambut saya masih lagi pendek. (Calen, Hazrul, Nasir, Zul, Kurt dan Richie [akulah tu])


assalamualaikum..

berjumpa lagi kita di dalam edisi kali ini. saya sempat menaik turun gambar-gambar ahli kumpulan nasyid DaMy Unimas ketika menjalani hidup satu minggu di apartment cempaka. kami tinggal di sini untuk memudahkan sesi latihan yang dijalankan setiap malam. perasaan saya ketika ini amat teruja kerana tanggal 1 disember nanti, kami akan bertolak ke Johor, bagi mengikuti pertandingan nasyid Majlis Kebudayaan Antara Universiti Malaysia (MAKUM) tahun ini. ini merupakan kali terakhir saya akan bersama-sama kumpulan DaMy kerana saya akan tamat pengajian pada April 2009. perasaan sedih itu tetap ada tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang di dalam kumpulan yang saya sayangi itu. sama juga seperti Hisham, Hazrul, Is, Kurt dan Fakru. peluang kali ini ialah peluang terakhir untuk membuktikan bahawa Unimas antara yang terbaik. insya Allah. berada di apartment cempaka ini amat menyeronokkan. manakan tidak, kami dapat melayari Internet dengan kelajuan yang tinggi. selain itu, apartment yang kami diami amat bersih dan selesa. terima kasih khas buat pengurusan Badan Budaya Unimas kerana telah menempatkan kami ke sini. esok hari Ahad, dan kami tidak mempunyai latihan bagi memberi ruang untuk kami merehatkan diri masing-masing. Isnin pula kami akan berangkat ke Johor. saya belum tahu sepenuhnya tentatif pertandingan itu tapi saya yakin kami mampu melakukannya.

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat DaMy kerana telah memberikan tunjuk ajar selama ini. Hisham, Hazrul, Is, Kurt, Zul, Nasir, Faizal, Fakru, Mukmin, Amirul dan Encik Azrul.

sekian.. Doakan kejayaan kami nanti ya!


1 comment:

Hishammudin damy said...

Richie,

Good block. Hope u can build your blog at least nicer than mine. Heheh. Why didn't u put my picture in this post? U are so cruel!!!