Saturday, September 20, 2008

apa sudah jadi dengan negara kita?

setelah membaca beberapa blog dan artikel tentang isu-isu semasa politik negara kita, saya terpanggil untuk membuat ulasan terhadap setiap isu yang telah dibincangkan. sebelum itu, wajarlah saya menyebut sesuatu tentang isu-isu ini. apa yang sudah terjadi dengan sistem politik dan pemerintahan Malaysia?

secara jujur saya memperkatakan di sini, senario politik di negara kita semakin keruh dan perlu ada beberapa langkah yang difikirkan sesuai untuk menanganinya. bayangkan, di dalam beberapa bulan belakangan ini, pelbagai kisah-kisah yang kurang enak kita dengar tentang pemerintahan kerajaan kita. saya melihat tahun 2008 ini sebagai tahun yang paling tidak stabil untuk politik Malaysia. ia nampak gusar dan kusut. sama sekali saya sebagai rakyat Malaysia tidak boleh menerima setiap berita yang dilaporkan oleh media-media arus perdana. ini disebabkan oleh tabiat saya yang gemar membaca rencana online beberapa akhbar bebas seperti MalaysiaKini, Aliran, Harakah dan sebagainya. jelas nampak perbezaan yang ketara di dalam setiap pengolahan isi berita dan cara penyampaian. oleh itu, saya berpendapat, untuk mendapatkan berita, moleklah sekiranya kita menilai senario politik daripada 2 pandangan iaitu menerusi akhbar arus perdana dan akhbar bebas. dengan itu, kita mampu menilai dengan kritikal setiap isu-isu yang diperkatakan.

kita dikejutkan dengan kenyataan luar biasa Datuk Ahmad Ismail ketika menyampaikan ceramah beliau beberapa bulan yang lalu. beliau menyentuh isu penduduk kaum cina di Malaysia cumalah golongan pendatang. setelah itu saya membaca pula kandungan blog beberapa penulis yang saya fikir pro kerajaan. memang amat mengeruhkan apabila membaca sesuatu artikel yang menyentuh isu-isu sensitiviti kaum lebih-lebih lagi melibatkan golongan yang boleh disifatkan sebagai berpengaruh di negara kita.

belum lagi reda isu tersebut kita dikejutkan lagi dengan berita penahanan penulis blog terkenal negara, Raja Petra dan juga sahabat beliau, "Kickdefella". begitu juga dengan wartawan sin shew Tan Hoon Cheng dan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok. kesemua mereka ini ditahan mengikut akta yang boleh dikatakan akta paling kejam di dalam sejarah akta-akta di Malaysia iaitu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). mereka ditahan kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. akta ini yang juga merupakan akta yang sama pernah dikenakan terhadap Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail suatu ketika dahulu kerana dituduh berhaluan kiri dan menganut fahaman komunis. sebagai contoh saya gunakan di sini ialah seperti isu Teresa Kok yang ditahan atas sebab kenyataan yang kononnya melarang penggunaan azan. sudah ada 2 cerita yang bercanggah di sini. pertama sekali, akhbar arus perdana lebih memihak kepada kerajaan dengan mem

kemudian, diwar-warkan bahawa penasihat parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lantangnya melaungkan pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008 tetapi cubaan beliau itu gagal sama sekali. ada beberapa implikasi yang wujud akibat kegagalan ini. pertama saya fikir rakyat semakin gusar dengan senario yang semakin meruncing ini.

No comments: