Tuesday, February 9, 2010

peringatan bagimu...

salam..

pada malam ini, saya dikejutkan dengan kehadiran sms dari invididu yang benar2 sudah lama saya berjaya lupakan. saya mengajar di tempat tusyen sebentar tadi.. dan ketika itulah saya menerima sms daripadanya..

" i still like you.."

sungguh mudah ayat2 itu dibaca dan difahami. memang baginya, begitu mudah untuk melafazkan perkataan sedemikian. apa dia telah lupa apa yg telah dilakukannya kepada saya 2 tahun yang lalu? dengan mudah dia berhujah tentang kesilapan2 yg telah saya lakukan sewaktu masih bersamanya..

"im too pampered because of you.."

dia menjadi insan sebegitu disebabkan oleh saya yang terlalu memanjakannya? oh tidak.. masakan saya boleh menerima alasan sedemikian. memang benar, saya pada ketika itu menuruti apa sahaja kehendaknya. oleh disebabkan perasaan sayang kepadanya, saya turutkan sahaja. masakan dia boleh lupa dia pernah memberi amaran kepada saya bahawa dia akan tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan kami sekiranya saya tidak menuruti kehendaknya. siapa yang mahu kehilangan org yang dicintai? mungkin saya pada ketika itu buta kerana cinta.. ya saya akui semuanya saya lakukan hanya untuk melihat senyuman di wajahnya. itu sahaja. namun, apa yg saya harapkan selepas 4 tahun, tidak menjadi kenyataan kepada saya. dia berubah setelah melanjutkan pengajian di luar Sarawak. saya tidak mampu berbuat apa2 kerana saya hanya mampu untuk melanjutkan pengajian di dalam negeri sahaja.

ah, itu cerita lama. saya meneliti semula sms2 darinya. ada sesuatu yg ligat bermain-main di dalam benak fikiran saya. kenapa dan apa sebab nya dia memberikan sms sebegitu? bukankah dia sendiri pernah menyatakan dia sudah menemui jalan kegembiraan setelah berpisah dengan saya dahulu.

"people changed.."

ya..itu memang hakikat nyata. manusia boleh berubah. tetapi dia sepatutnya tahu.. kini saya bukan lagi seperti dulu.. semuanya sudah berubah.. ya, hati saya sudah jauh berubah.. saya bahagia dengan keputusan yg telah saya ambil. dan saya tenang dengan pilihan saya pada masa ini.. kepadanya, maaf.. saya tidak mampu untuk melupakan apa yg pernah terjadi..






No comments: