Thursday, February 11, 2010

Tenung Masa Depan?

salam..

alhamdulillah, hari yang baik. cuma saya banyak berfikir sejak dua tiga hari belakangan ini. mengapa? hurm.. itulah persoalan yang bermain-main di dalam fikiran saya pada ketika ini. di saat semua sahabat2 saya sedang bergembira dengan kerjaya masing-masing, saya masih ligat memikirkan tentang nasib diri saya. sampai sekarang saya hanya bergantung pada pekerjaan secara sambilan iaitu mengajar kelas bimbingan bahasa inggeris di pusat tusyen dan kelas luar untuk pelajar diploma. sudah hampir 12 tempat saya menghantar resume dan hanya 4 setakat ini memanggil. ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini. saya kerap berdoa agar dimurahkan rezeki namun, rezeki saya masih juga belum tiba.

saya ingin menjadi rakan-rakan saya yang lain, sudah mempunyai kerjaya sendiri, dan paling istimewa, sudah mampu memiliki barang-barang yang diingini. itulah yang sering menghantui saya. siapa yang tidak mahu memiliki barang-barang yang menjadi impian selama ini? saya juga ingin membeli sepasang sneakers Adidas Green yang telah saya idam-idamkan sejak tahun 2006 lagi. namun, saya hanya boleh bersabar. berbelanja pun saya amat berhati-hati pada ketika ini. saya berasa begitu bersyukur kerana saya dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa saya dengan sederhana. bagi saya, apa yang penting itulah dipentingkan dahulu. soal keinginan itu menjadi soal kedua. sampai sekarang, prinsip itu masih lagi utuh dalam sanubari.



saya harap pembaca sekalian terhibur dengan link lagu yang saya lampirkan di bawah. sebuah lagu tema daripada rancangan gusti WWE, salah sebuah sukan paling saya minati.. berjudul FIGHT.. amat simbolik bagi diri saya..


No comments: