kepada semua kawan2 berbangsa cina yang mengenali saya, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina 2010! kong hi kong hi..
alhamdulillah, sambutan pada tahun ini meriah. dan jujur saya katakan, diet saya gagal dilaksanakan.. kerana makanan yang terhidang di depan mata sedap2 belaka. jika tidak makan, perasaan menyesal akan menyelinap masuk pula! pada pagi tahun baru cina kali ini, saya berasa sedih kerana saya tidak dapat berada lama ketika menziarah keluarga Nek Ibuk.. adik kepada Nek Geok, mak kepada Anjang Yan saya. saya hanya sempat mengikuti bapa ke rumah kenalanya seperti Uncle Ah Kun dan juga Uncle Meng Kui. di rumah Uncle Ah Kun, saya amat berselera menjamah hidangan kari kambing, kari ayam, nasi nenas, mi goreng dan kegemaran saya, ayam masak kacang ma..
makan makan dan makan, itulah yang saya lakukan untuk hari ahad itu. di rumah Uncle Meng Kui pula, saya dengan bertungkus lumus menghabiskan setin coklat Vochelle hahaha.. di rumah Uncle Meng Kui hanya menghidangkan hidangan yang ringan2 sahaja.. apabila mata ini terpaku melihat sekotak coklat Vochelle, haa..apa lagi? eheheh. kenyang memang kenyang pada petang itu. malang nya abang Andy tidak dapat menyertai kunjungan kami pada petang itu kerana dia berkunjung ke rumah Felix, rakan peguamnya.
alhamdulillah, saya berasa sungguh gembira buat masa ini, dengan kesihatan yang bertambah baik, walaupun kuku kaki saya masih lagi belum tanggal sepenuhnya. entahlah bagaimana saya boleh terbaca blog seseorang yang pernah bertakhta di hati saya. klik punya klik dan klik, sampailah saya ke blog miliknya.. serta merta saya diserang memori2 indah yang pernah menyelubungi diri saya suatu ketika dulu.. saya harus berpijak di bumi yang nyata. semuanya tinggal sejarah. saya cukup terkejut yang dia akhirnya akan melangsungkan perkahwinan dengan teman nya kini. saya berdoa agar dirinya memperoleh kebahagiaan barunya itu. wlaupun pernah hati saya membencinya kerana meninggalkan saya begitu sahaja, saya yakin dirinya bukan jodoh milik saya. saya sedar kerana dengan membawa perasaan benci di dalam hati, tidak akan membawa saya ke mana2.. lebih baik saya memaafkan sahaja perbuatannya.. dan dia kini sedang dalam perjalanan menempuh alam perkahwinan. semoga menjadi isteri yang mithali.. dunia memang penuh dengan kejutan. begitu juga dengan dunia saya.. DUNIAKU.. hidup dan mati, tangisan dan hilaian ketawa, suka dan duka.. semuanya bergelumang di dalam hidup kita..
saya masih lagi mempunyai perjalanan yang panjang.. semoga Tuhan merahmati saya dalam perjalanan ini.. kerana saya sedar, saya telah memilih untuk terus mengharungi jalan ini.. dan saya pasti akan menemui sesuatu kelak..
No comments:
Post a Comment