Saturday, February 20, 2010


Crystal Bowling Centre

salam..

hari yang begitu sibuk bagi saya. pada pagi tadi, saya bersama abang, syamim dan sepupu saya ein pergi bermain bowling di Crystal Bowling Centre, di area BDC. walaupun tidak pandai bermain bowling, saya lakukan juga. saya bermain di dalam satu pasukan yang sama dengan abang dan ein. pasukan pejabat abang pula bermain di lorong yang paling hujung. untuk pertandingan pada pagi tadi, semua lorong bowling sudah ditempah khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Setiausaha Negeri.


saya dan abang tengah menunggu untuk melontar bola bowling..

kumpulan kami diketuai oleh ein kerana kami pada ketika itu dijadualkan menentang kumpulan dari pejabat tempat ein bekerja. haa..gerun juga saya melihat ahli2 kumpulan yang kami tentang itu. kumpulan yang terdiri daripada abang alid, kak reni dan abang masnal (suami kak reni). hehe..saya cukup geram apabila melihat telatah anak sulung kak reni dan abang masnal.. yang tidak berhenti-henti mengunyah makanan.


inilah anak kak reni..

pada sesi latihan, tidak ada satupun pin jatuh setelah berkali-kali bola bowling menerjah lorong. abang andy pula bangga dengan strike semasa lontaran sesi latihan. ein? aduhai.. sukar saya jelaskan. bola nya terlalu lemah lembut. heheh..


gaya melontar bola bowling ala-ala m daud kilau..ohoooooooo hoi...

selepas bermula nya game pertama saya hanya berjaya mengutip hanya 79 jatuhan pin untuk 10 tikaman. memang teruk permainan saya pada game pertama. tetapi, saya sendiri kurang pasti, semasa game kedua, umpama singa yang sedar dari tidur lalu mengaum...(ceyyyyy).. saya melakukan 5 strike berturut-turut sekaligus menumpaskan bilangan jatuhan pin abang Alid di lorong sebelah. saya hanya terpinga-pinga melihat simbol X tertera sebanyak 5 kali berturut-turut. untuk game ke 3, saya hanya mampu melakukan 4 strike. dan abang alid kembali memintas saya. disebabkan kak reni juga handal bermain bowling, kumpulan abang alid, kak reni dan abang masnal berjaya menewaskan kami. 308 berbalasa 311 jatuhan pin.

apabila menunggu keputusan pertandingan, saya dan syamim bermain pool. sudah lama saya tidak bermain sukan yang pernah saya minati dulu ini. memang benar, saya sudah tidak lagi sehebat dulu, sewaktu saya bermain di kuching amusement centre. saya dan syamim bermain untuk tiga game.. dan saya ditewaskan oleh adik saya yang berusia 18 tahun itu.


itu dia..gaya seorang juara tua...haha


gaya syamim yang bermain ala2 sam cheong..


tiba2 abang andy mengganggu permainan..(sebab utama saya kalah!) haha


syamim, ein dan saya..sewaktu nak balik.. kami kalah bowling!

kami bergerak menuju ke pusat bowling Crystal pada pukul 8pagi dan kembali ke rumah pukul 2 pm. penat memang penat.. sampai sahaja di rumah, saya terus tertido sehinggalah jam menunjukkan pukul 6pm. mak membangunkan saya dari tidur lalu bertanyakan ttg menu makan malam nanti. lantas saya menyebut roast chicken. saya pergi ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah lalu membeli seekor ayam segar yang cukup besar.. rm19 untuk 1.5kg.. resipi ini saya ikuti daripada rancangan Chef At Home, salah satu rancangan memasak paling saya gemari..


bahannya sungguh mudah, ayam, lemon, lobak merah, mentega, bawang putih dan rosemary..


saya memanggang ayam dengan menggunakan peralatan khas yang dibeli oleh pap iaitu Artnova Holistic Cooking Utensil.. tanpa menggunakan sebarang minyak!


saya akui, saya hanya pandai memasak tetapi tidak memotong ayam..hancur!

alhamdulillah, kami sekeluarga kenyang dengan hidangan yang telah saya sediakan. saya masih lagi berfikir untuk memasak apa untuk esok hari.. yeaa..


No comments: