salam
ok.. untuk kali ini dan seterusnya, saya akan menulis dalam bahasa melayu baku. semalam saya berfikir tentang blog-blog yang pernah saya baca dan semuanya menggunakan bahasa melayu baku. oleh itu, saya juga ingin menukar kembali bahasa daripada bahasa Sarawak ke bahasa melayu baku semula. ini akan memudahkan para bloggers yang bukan berasal dari Sarawak.
tajuk saya pada kali ini memanglah berat. seberat berat badan saya sendiri. hehe. alangkah terkejut nya saya apabila melihat angka 109kg di mesin timbang berat di rumah. dengan rasa terkejut saya meneliti semula angka tersebut. alamak, bukan main lagi berat saya bertambah sejak sebulan.
saya perlu melakukan sesuatu.. ya.. dengan aktif lagi ke gimnasium. saya berhenti untuk 3 bulan kerana kecederaan bahu kiri yang menimpa saya bulan november lalu. walaupun sudah sembuh, saya terlupa untuk kembali semula ke sana. sekali apa sudah jadi? alamaaaak..
saya sudah menyusun semula program senaman untuk mengembalikan bentuk badan saya seperti dahulu..(macam biggest loser pula)
anyway, saya mengharapkan sokongan kawan2.. semoga bulan ogos nanti, saya kembali stabil 90kg.. insya Allah

No comments:
Post a Comment