Sunday, February 22, 2009

episod baru

inilah diri saya, selepas 2 minggu bercuti


assalamualaikum


saya pertama sekali ingin memohon maaf kerana sudah hampir beberapa minggu tidak mengemaskini blog saya ini. saya sebenarnya masih sibuk menguruskan beberapa hal yang berkaitan dengan program tesis dan persembahan nasyid kumpulan saya.


alhamdulillah, saya masih sihat seperti minggu lepas. kepenatan yang dirasai kian hilang setelah meluangkan masa dengan yang tersayang. saya mengalami beberapa peristiwa yang benar-benar memberikan saya nilai yang baru dalam hidup. saya akui, saya sebelum ini agak samar-samar apabila berbicara tentang perasaan hati namun kini saya rasa saya sudah mampu untuk senyum.


saya sudah menyiapkan chapter I untuk dibentangkan di hadapan Dr Awang. saya bersyukur kerana telah menyiapkan chapter tersebut dengan bantuan beberapa buah buku teori yang memperkatakan tentang budaya popular (ulasan Wan Abdul Kadir 1988). saya hanya perlu memulakan chapter II dan seterus nya chapter III dan IV. mudah-mudahan saya dianugerahkan kesihatan yang memuaskan semasa menyiapkan tesis ini nanti.


pada tanggal 16 februari yang lalu, perkara yang paling manis telah berlaku dalam diri saya. saya pada mulanya tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi juga akhirnya. kini saya tidak lagi bersendirian. itulah fakta yang benar-benar menjadikan hidup saya lebih bermakna. saya ingin berterima kasih kepada nya kerana sudi memberikan peluang. semenjak bertemu dengannya, saya merasakan bahawa saya dengan nya memiliki chemistry yang sungguh kuat. mengenali dirinya yang menggemari warna hijau dan kanak-kanak, itu yang menjadikan saya terpaut padanya. saya sedar bahawa semuanya adalah terlalu awal tapi apa salahnya bukan? saya tidak mahu semua yang saya ada ketika ini hilang. saya akan berusaha menjaganya sehinggalah suatu masa nanti, kami disatukan.


thanks dear..


"you are my safest place to hide.."

2 comments:

Anonymous said...

hulk meets someone???hehehe..baguslah..hope kebahgiaan sentiasa bersama ktk...:)

Richie said...

alhamdulillah,akhir mek jumpa ssorg yg dpt memahami mek amy..

mek hope apa yg mek ada time tok kekal.. amin..