Sunday, February 22, 2009

episod baru

inilah diri saya, selepas 2 minggu bercuti


assalamualaikum


saya pertama sekali ingin memohon maaf kerana sudah hampir beberapa minggu tidak mengemaskini blog saya ini. saya sebenarnya masih sibuk menguruskan beberapa hal yang berkaitan dengan program tesis dan persembahan nasyid kumpulan saya.


alhamdulillah, saya masih sihat seperti minggu lepas. kepenatan yang dirasai kian hilang setelah meluangkan masa dengan yang tersayang. saya mengalami beberapa peristiwa yang benar-benar memberikan saya nilai yang baru dalam hidup. saya akui, saya sebelum ini agak samar-samar apabila berbicara tentang perasaan hati namun kini saya rasa saya sudah mampu untuk senyum.


saya sudah menyiapkan chapter I untuk dibentangkan di hadapan Dr Awang. saya bersyukur kerana telah menyiapkan chapter tersebut dengan bantuan beberapa buah buku teori yang memperkatakan tentang budaya popular (ulasan Wan Abdul Kadir 1988). saya hanya perlu memulakan chapter II dan seterus nya chapter III dan IV. mudah-mudahan saya dianugerahkan kesihatan yang memuaskan semasa menyiapkan tesis ini nanti.


pada tanggal 16 februari yang lalu, perkara yang paling manis telah berlaku dalam diri saya. saya pada mulanya tidak menyangka yang perkara ini akan terjadi juga akhirnya. kini saya tidak lagi bersendirian. itulah fakta yang benar-benar menjadikan hidup saya lebih bermakna. saya ingin berterima kasih kepada nya kerana sudi memberikan peluang. semenjak bertemu dengannya, saya merasakan bahawa saya dengan nya memiliki chemistry yang sungguh kuat. mengenali dirinya yang menggemari warna hijau dan kanak-kanak, itu yang menjadikan saya terpaut padanya. saya sedar bahawa semuanya adalah terlalu awal tapi apa salahnya bukan? saya tidak mahu semua yang saya ada ketika ini hilang. saya akan berusaha menjaganya sehinggalah suatu masa nanti, kami disatukan.


thanks dear..


"you are my safest place to hide.."

Thursday, February 5, 2009

MARAH

saya ingin memiliki rumah seperti itu



assalamualaikum


mohon maaf kerana saya terlewat untuk menulis blog pada hari-hari yang lepas. saya mengalami hari yang sibuk pada minggu ini. banyak kerja-kerja kampus yang telah saya lakukan. antaranya memperbaharui pelekat kenderaan untuk semester 2009/2010. amat menjengkelkan, kerana saya terpaksa berulang alik dari unit keselamatan untuk mendapatkan borang permohonan dan menghantarnya ke pejabat kolej bagi tujuan cop pengesahan. kemudian setelah mendapat cop, saya kembali semula ke pejabat unit keselamatan yang terletak di bangunan canselori. walaupun sudah sampai di pejabat, saya terpaksa menunggu pegawai yang bertugas dan akhirnya saya hanya menerima jawapan seperti ini "kelak ktk dtg cek ok?". muka saya memang merah padam. sudahlah berulang alik, kebetulan hari panas (petang hujan lebat), dan kepenatan yang sudah mula menjalar, saya terpaksa menunggu lagi. ingatkan pelekat kenderaan itu siap dalam masa beberapa minit sahaja.

setelah itu, saya memperbetulkan penulisan ilmiah saya yang telah saya hantar kepad Dr Awang Azman sebelum cuti tahun baru cina. ada banyak yang perlu saya tambahkan untuk mengukuhkan beberapa hujah-hujah dalam penulisan saya itu. syukurlah, Dr Awang Azman seorang pensyarah yang bertimbang rasa.


sekian. salam..

Sunday, February 1, 2009

Akademi Oh Akademi

gambar profil saya


Hisham, Hazrul dan saya selepas pendaftaran



Inilah nombor giliran saya



muka yang monyok di pagi hari



UNIMAS bertiga tetap ceria! AUUUUMMM



assalamualaikum

hari ini adalah hari kedua sesi ujibakat akademi fantasia musim ke 7, bertempat di K-entertainment centre, Crown Square. saya mengambil kesempatan untuk mencuba nasib dalam sesi ujibakat tersebut. (manalah tahu kan?). segala persiapan rapi telah dibuat termasuk memuatturun lagu minus one aizat hanya engkau yang mampu dari Internet. saya memilih untuk menyanyikan lagu tersebut. saya pergi ke sana dengan dua lagi sahabat saya iaitu Hishammudin dan Hazrul. mereka masing-masing membawa lagu you raised me up dan ketulusan hati. agak menghairankan pada hari kedua ujibakat, sikit sahaja warga Kuching yang hadir. saya memegang nombor giliran yang ke 180. saya berasa bersyukur kerana telah bersaing dengan saingan saya dan saingan saya pada hari itu memang mantap. saya pulang dengan senyuman alhamdulillah. haha.. hisham dan hazrul pun geram juga! hahaha

makan selamat rumah abang Mahdir

Unggal Jijah sedang memujuk anak keduanya, Afza Batrisyiah


inilah gambar paling istimewa, Unggal Jijah menikmati makanan tanpa kompromi! haha


Wa Mundu dan Udak Bak sedang membincangkan masalah negara.


inilah makanan yang dihidangkan, memang menyelerakan bukan?


Abang, Amim dan saya ketika dalam perjalanan mencari rumah abang Mahdir.



assalamualaikum

semalam saya pergi ke rumah sepupu sebelah pap iaitu abang Mahdir atas jemputan makan selamat berpindah rumah. rumah abang Mahdir terletak di kawasan perumahan Taman Wawasan, berdekatan dengan SMK Semerah Padi. majlis dimulakan dengan sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak. rumah abang Mahdir amat menarik sekali, walaupun hanya setingkat, namun keluasan rumahnya agak menarik perhatian saya. saya menyifatkan rumah itu sebagai comel. ^_^. makanan yang disediakan pada malam itu dimasak sepenuhnya oleh Anjang Jemi, bapa kepada abang Mahdir sendiri. kari kambing, daging lembu masak hitam, salad telur, ikan masin, dan beberapa jenis kuih. sungguh sedap dan menyelerakan. saya pulang ke rumah hampir pukul 11 malam kerana terleka berbual-bual dengan sepupu-sepupu saya. alangkah indahnya hidup ini ya apabila semua ahli keluarga berkumpul dan bergembira.