Saturday, November 22, 2008

segalanya sudah berakhir

assalamualaikum..

sudah lama saya tidak menulis di dalam blog sejak bermulanya musim peperiksaan akhir. saya amat merindukan para bloggers yang selama ini menyokong saya. alhamdulillah saya sudah selesai menjalani peperiksaan semester 1 tahun akhir saya. semester depan pula ialah semester terakhir pengajian saya di Unimas.

pejam celik, saya sudah berada di Unimas hampir 4 tahun. sungguh mengagumkan apabila saya duduk sejenak di sebuah sudut kolej kediaman saya, berfikir tentang perjalanan hidup yang telah saya lalui bermula dari tahun 2005 sehinggalah sekarang. kadang-kadang, saya tersenyum kecil apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa lucu yang pernah berlaku kepada diri saya. salah satu daripadanya ialah kenangan ditahan oleh pengawal keselamatan kerana telah membuka pagar utama Kampus Timur pada pukul 4 pagi setelah penat bermain futsal. sepatutnya kami pada ketika itu menggunakan laluan Kampus Barat tetapi ianya amat jauh. oleh itu, rakan saya Iju menasihati agar menggunakan laluan Kampus Timur yang telah ditutup pagarnya pada waktu itu. kami pun mula membuka pagar yang seberat hampir 100kg dan memasuki kawasan Kampus Timur. apa yang kami dapat? kami ditahan oleh sekumpulan pengawal keselamatan dah telah didenda atas kesalahan memecah masuk. gila!

itu adalah antara saat-saat manis ketika berada di Unimas.. oh ya..saya juga telah melalui episode yang sedih pada ketika ini kerana, saya telah kehilangan seseorang yang amat saya cintai. dia pergi meninggalkan saya tanpa sebab yang kukuh dan saya secara jujur amat tidak bersetuju dan saya amat marah kerana tidak diberikan peluang untuk berhujah. saya cuma hairan mengapa dia berubah drastik sekali? apa salah saya selama ini yang telah menunggu hampir 2 bulan? apa-apapun, saya sudah tekad untuk menutup hati saya untuk sebarang hubungan yang rapat atau apa yang kita gelar CINTA. memang benar kalau diikutkan dalam bibit lirik lagu dari kumpulan D'Massive, Cinta itu Membunuhku.. saya amat bersetuju. mengapa harus dileburkan hati yang amat suci ini? mengapa?

saya tidak akan memaafkan nya kerana saya sudah hampir gila kerana terlalu mencintainya. saya telah menunggu dengan sabar semua kerenahnya selama 4 tahun. dan saya cukup terseksa dengan segala-gala penyeksaan yang telah berlaku selama ini.. saya hanya berserah kepada tuhan dan saya berdoa agar dia segera sedar bahawa pintu hati saya kini sudah tertutup..

jumpa lagi untuk masa yang akan datang..

wassalam..

No comments: