Dario, Roshelle, Natasha, Amim dan mak saya
assalamualaikum
bertemu lagi kita. wah.. semalam merupakan malam yang amat mengenyangkan. mana tidak nya, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dengan Pakcik Joe, adik kepada mak saudara saya. Pakcik Joe telah bermastautin di Kanada selama lebih 30 tahun. kakaknya, makcik Lian (mummy) atau mak saudara saya telah memperkenalkan keluarganya kepada saya (saya belum lahir ketika dia masih menetap di Miri). saya pergi menjemput mereka di Hotel Hilton pada pukul 8 malam dan kami bergerak ke restoran makanan laut di TopSpot, sebuah tempat makanan laut yang terkemuka di bandar Kuching. setibanya saya di perkarangan lobi hotel, saya terlihat seorang lelaki cina berbadan sasa datang menghampiri kereta saya. sudah tentu saya menjadi tidak keruan dan agak bimbang kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. rupa-rupanya, itulah Pakcik Joe.
saya kemudian diperkenalkan dengan ahli keluarganya yang lain, Makcik Corrine, anak perempuan nya Roshelle dan anak lelaki nya Dario. kami bergerak menuju ke bangunan TopSpot bersama-sama kenderaan saudara saya kak cucu dan abang boy. saya banyak berbual dengan Pakcik Joe yang masih belum hilang loghat miri dan brunei nya. agak melucukan apabila mendengar sebutannya yang agak aneh. maklumlah, baru menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 30 tahun menetap di negara orang. kalau berbual dengan Dario dan Roshelle lagi parah, amat sukar bagi saya untuk menangkap setiap perkataan yang mereka sebutkan. loghat mereka adalah seratus peratus loghat amerika. kebanyakan daripada jawapan yang saya berikan kepada mereka YES dan NO sahaja.
kami telah memesan beberapa makanan yang menjadi main specialty di restoran itu. antaranya ialah udang bermentega, sayur midin belacan, sup sirip ikan yu dan entah..saya pun tidak ingat makanan yang selebihnya. dalam perjalanan pulang, saya dan Pakcik Joe banyak berbual tentang kehidupan dan pekerjaan, beliau sempat menasihati saya untuk terus mengejar impian kerana saya masih muda. saya berpeluang untuk menanyakan ruang untuk menyambung pengajian ke peringkat Master di Kanada. memang ada tapi kos nya lebih tinggi daripada pengajian Master di UK. saya lalu menggelengkan kepala.
oklah, itu sahaja coretan saya kali ini.. saya amat gembira kerana bertemu dengan saudara yang tidak pernah saya kenal selama ini.

No comments:
Post a Comment