Tuesday, September 2, 2008

bingkisan pada petang 2 ramadhan..

alangkah istimewanya bulan ramadhan ini apabila semua umat Islam seantero dunia bersama-sama menunaikan ibadah puasa. ibadah yang memperkuatkan iman dan mengukuhkan kekuatan jiwa kita sebagai hamba Allah. syukur saya sudahi hari kedua berpuasa dengan penuh nikmat merasai ibadah berpuasa. saya duduk seketika di tepi balkoni kediaman kolej, sembari melihat pemandangan sekitar tasik universiti. sungguh aman sekali. setelah meminum segelas air soya yang dibeli di bazar ramadhan kota samarahan, saya menunaikan solat maghrib. entah mengapa hati saya berasa begitu tenang sekali selepas menunaikan solat tersebut. saya kembali ke meja belajar dan menelaah semula. saya hanya menjamah sedikit sahaja nasi berlaukkan kuah kari ayam dan seketul daging masak kicap. selera saya kurang pada petang ini dan saya sendiri kurang mengerti keadaan ini. biasanya saya akan makan seperti biasa, seperti ketika berada di rumah. mungkin saya berada di kolej dan bukannya di rumah, saya hilang selera makan barangkali.

pada hari ini juga saya kembali ke kolej setelah bercuti hampir 3 hari bermula pada hari sabtu. kebetulan hari pertama puasa jatuh pada hari isnin, 1 september, sehari selepas menyambut hari kemerdekaan negara. saya sudah menyiapkan beberapa tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas cuma saya belum lagi habis mengulang kaji subjek untuk peperiksaan pertengahan penggal. tinggal 2 kertas sahaja lagi, pengajian budaya dan warisan serta sinema asia. kedua-dua subjek ini adalah subjek yang diajar di fakulti seni gunaan dan kreatif.

No comments: