Wednesday, September 10, 2008

bengang!!!

saya berasa amat terkilan pada pagi ini setelah markah untuk tugasan pertama subjek kaedah penyelidikan sains sosial saya ditolak gara-gara tidak hadir semasa sesi pengisian borang penilaian dan menandatangani borang kehadiran isnin yang lalu. saya sememangnya berasa amat marah dan tidak berpuas hati kerana saya dan rakan-rakan telah berhempas pulas untuk menyiapkan tugasan sebanyak 15 muka surat itu. walaupun bilangan muka surat untuk tugasan tersebut kecil namun bukanlah satu kerja yang mudah untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci tersebut. saya melangkah dengan penuh bersemangat pada mulanya setelah tamat kelas kaedah penyelidikan sains sosial ke pejabat pensyarah. malangnya beliau terus menyimpulkan saya telah ditolak markah (saya tidak tahu jumlahnya). serta merta diri ini berfikir, tidak adakah ruang untuk pelajar memberi penjelasan yang saya fikir amat munasabah untuk ketidakhadiran saya isnin lalu?
saya bukanlah sengaja untuk tidak menghadirkan diri isnin lepas, tetapi atas tuntutan terhadap keluarga, saya pergi menemani ibu untuk ke klinik untuk mendapatkan ubat tekanan darah tingginya. disebabkan oleh ayah yang bekerja di luar kawasan, adalah menjadi tanggung jawab saya untuk pergi. kelas saya pada hari isnin tersebut hanya bermula pada pukul 7.30 malam. saya sedar isnin juga tarikh penghantaran tugasan pertama dan menanda tangani borang penilaian serta kehadiran. saya berfikir lagi untuk apa semua itu? apalah salah jika borang tersebut di tanda ketika kelas?
sekiranya borang tersebut diedarkan semasa kelas, saya percaya ramai lagi pelajar yang akan bertindak sedemikian iaitu menanda borang tersebut. saya yakin saya bukanlah pelajar pertama yang menerima nasib sebegini. saya juga pelajar yang berulang alik dari rumah ke kampus yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumah saya ini. mengapakah tidak ada ruang untuk kami pelajar sebegini??
apa-apapun saya melahirkan rasa kesal yang teramat sangat berkaitan peristiwa ini. saya sedar sebagai seorang pelajar, saya perlu memperbaiki jadual masa saya. tapi saya ingin memberi cadangan agar pihak pensyarah lebih memahami masalah pelajar. berilah peluang untuk memberi penjelasan. jika tidak ada jalan penyelesaian yang lain, barulah tindakan memotong markah diambil.

No comments: