kepada semua ahli2 nasyid DaMy, aku mok ucapkan selamat berjuang and good luck kat Perlis lak.. aku duak Hishammudin sik dpt join ktk org tahun tok sbb dah ada komitmen masing2. aku yakin n aku cayak ngn ktk org.. walaupn cuma ada Zul duak Pejal selaku ahli senior.. sidak boleh berik ktk org ilmu yg sik ternilai harganya.
DaMy sebuah grup nasyid yang aku syg. perjuangan DaMy ialah menyatukan semua pelajar2 Unimas menerusi nasyid dan bersama-sama membentuk persaudaraan menerusi music. ya aku pegang selama tok. jgn ktk org takut.. bila ktk org join DaMy.. teruskan perjuangan. jgn sekali2 ktk org mengalah. di sinun kelak, ktk org pasti berdepan dengan sidak UIA, sidak UKM and belum dikalahkan, sidak UPM. sidak2 tok semuanya berbakat besar. p jangan takut.. kita pun ada bakat.. kita pun ada kekuatan tersendiri. yg pnting, kita dah berusaha.
aku duak hishammudin berlatih ngn ktk org dari bulan julai ria.. p last2 batal sbb H1N1.. sik apa.. ya satu hikmah untuk aku.. peluang yg ada tok untuk ahli2 junior.. gunakanlah sebaik mungkin ok?
DaMy tok unik.. dari dolok sejak awal2 penubuhan nya.. nya ngn dah unik.. sbb pa? latar belakang ahli2 dolok cukup berbeza.. dari seorang rockers ke ahli sukan, dari seorang pak ustad sampelah ke ahli muzik... semuanya bersatu n bersaudara dalam DaMy tok.. syukur.. sigek gik.. DaMy dolok ada kepelbagaian.. mun kita nangga Universiti lain, kebanyakan pelajar yang join kumpulan nasyid majoriti nya daripada pelajar2 fakulti kejuruteraan. mun dlam DaMy, kita ada biak masscomm, kaunseling, HR, muzik, engineering, bioteknologi, pendidikan and ekonomi.. semua latar belakang pendidikan mek org berbeza tapi mek org maseh boleh connect to each other.
di sitok aku ingin pesan.. jagalah nama baik DaMy sine2 juak ktk org akan pergi kelak. org dengar nama DaMy, org akan ingat kekuatan harmoninya, org akan ingat bunyi petikan gitar Sape and paling utama, org akan ingat UNIMAS. teruskan legacy DaMy k? never look back..
salam..
No comments:
Post a Comment