Saturday, December 27, 2008

Miri 2008

entahlah apa yang difikirkan aku ketika ini, kenyang sangat agaknya..


aku bersama zaidah dan kakaknya zarifah, anak2 buahku di rumah mereka di permyjaya, miri.


inilah teman-teman persekolahan lama.. bila berjumpa memang lekat berjam-jam!


pemandangan indah pada petang ahad, di marina bay, miri..




assalamualaikum

sudah hampir sebulan saya tidak menulis blog dan saya akui, saya rindukan suasana tenang ketika menulis blog dan berkongsi cerita dan pengalaman hidup saya bersama pembaca sekalian. pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak menulis blog untuk beberapa tempoh sebelum ini kerana saya telah bercuti di tempat kesayangan saya, miri.

miri adalah sebuah bandar kecil yang terletak berdekatan dengan negara brunei darussalam. ia juga merupakan sebuah bandar kecil yang terkenal dengan kekayaan petroleumnya. terus terang saya katakan, walaupun 12 tahun saya meninggalkan bandar kecil ini namun, saya lebih sukakan perasaan ketika berada di sini.

saya dilahirkan di kuching, tetapi setelah itu, saya menetap di miri selama hampir 13 tahun. memang saya rindukan keriangan ketika berada di dalam persekolahan rendah, terutamanya di sekolah rendah kebangsaan anchi. saya berangkat dari terminal bas di kuching pada 12 disember, pukul 9 malam dan saya sampai di terminal bas miri pada pukul 11 pagi. namun, setelah beberapa ketika berada di miri, saya demam panas selama 2 hari. bayangkan saya tidak mampu untuk bangun. mujurlah abang saya ada untuk membelikan saya ubat di farmasi. kenapa saya tidak ke klinik? senang saja, saya tidak mahu menyusahkan abang saya yang pada ketika itu mempunyai 2 kes mahkamah.

saya selalu berkunjung ke esplanade, luak pada waktu petang. berehat di sini memang mengasyikkan. hembusan angin laut yang kuat menampar lembut. di sini juga saya bertemu dengan seseorang yang amat istimewa dalam hidup saya. mungkin pertemuan ini agak awal tetapi saya berasa gembira setelah bertemu dengannya. dia membuatkan hati saya kembali riang, dan saya tidak lagi keseorangan.

namun, saya sudah balik semula ke kuching pada 26 haribulan yang lepas. saya pasti akan merinduinya. begitu juga dengan kawan-kawan saya yang lain. kawan-kawan lama saya yang telah 12 tahun saya tidak temui. semuanya telah berubah. ada yang sudah bekerja. ada yang sudah menimang cahaya mata. saya amat gembira. walaupun Tuhan menarik teman istimewa saya pergi, saya bersyukur saya masih ada teman-teman dan sahabat saya yang tidak pernah berhenti memberi sokongan..terima kasih kawan-kawan...

saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala memori dan kenangan manis yang pernah dilakarkan bersama-sama pada tahun 2008. terutamanya ketika bersama-sama teman seperjuangan Unimas dan teman-teman sekelas ketika persekolahan. saya sememangnya tidak akan dapat meneruskan hidup ini tanpa bantuan kamu semua.. terima kasih.. jumpa lagi untuk tahun yang akan datang..




No comments: