Wednesday, June 1, 2011

haha.. sik sangka!


assalamualaikum..

aku hairan kenak lamak2 tok org office madah aku dah turun sikit upa aku.. aku dah slim sikit.. aku nang mula2 sik cayak..p bila aku timbang.. my God.. nang benar.. last aku berat 104kg.. nektok aku dah 98kg.. alhamdulillah, usaha aku menjaga pemakanan and workout lamak2 tok menjadi..syukur.. rutin aku, isnin sampe jemat - no rice, hanya protein based food.. sekali sehari..malam ku minum oat.. sabtu and ahad - aku makan small portion, 4 times a day..


tadaaa.. hahhaha...rambut aku jak aneh sia..

Monday, April 18, 2011

IPD LAGI?

assalamualaikum..

hari tok aku sampe office alu kenak tunggah Kak Ani.. ada surat utk aku katanya.. check lah aku tek..duhal surat panggilan dari IPD.. hmm..mesti pasal saman or kompaun yg aku dapat time sejiwa senada kat taman sukma ria.. sekali tek bena juak.. hmm..alu hilang juak asa mood aku pagi tok tek.

kira lamak juak aku ngurus hal saman tok tek kat IPD simpang tiga sia.. aku sik mok lewat molah benda tok sbb miggu depan aku berada di KK. takut aku sik sempat ka apa ka better ku molah awal aritok kedong juak boss semua meeting kat SEDC.. hmm..aku balit tek dgr2 ada shuffle agik dalam organisasi.. and aku dgr boss aku akan ditukar ke wilayah selatan..in which i dont think that was a good idea.. Encik Awang and Encik Ayub org yg sangat berpengalaman dalam ngurus hal korporat and banyak deal ngn org2 besar termasuk YB2.. munlah sidak duak ditukar.. susah lah bagi aku nak belajar dengan lebih mendalam dalam bidang komunikasi korporat tok..walaupun aku dimpun dalam aliran komunikasi tapi sik bermakna aku faham semua kan? aku sik setuju ngn pertukaran tok..moga2 khabar tok hanyalah khabar angin ajak..



Sunday, April 17, 2011

hari yang baru..

assalamualaikum

apa kaba ktk org tek? alhamdulillah, musim plihanraya akhirnya settled.. BN diumumkan pemenang dan sekaligus membentuk kerajaan baru. aku bila part politik tok, apa2 jak bentuk pembaharuan, aku amik.. sbb bagi aku, politik ya sikkan pernah bersih dari mainan kotor parti2 politik. mujur, proses plihanraya di sarawak berjalan ngn lancar.

minggu yg indah aku rasa mggu tok tek.. aku sik perlu agik bekerja keras.. kira berehat pjg selepas sebulan2 terlibat dalam bilik gerakan pilihan raya and program kembara pendidikan awal sedidik.. and hell yea, i need lotsa rest...





Thursday, April 14, 2011

majlis pecah tanah sedidik muara tuang

assalamualaikum

belum abis gik seksa sun burn kat simunjan, aku udah agik kenak sunburn baru kat muara tuang.. isk2.. marek (14 April), majlis pecah tanah untuk tadika SeDidik dilaksanakan di perkarangan surau darul ukhwah, area muara tuang. majlis tok disempurnakan oleh YBhg Dato' Seri Mohammad Ali Mahmud, adik kepada Pehin Sri. tetamu kehormat yang lain termasuklah director2 SEDC diketuai oleh GM SEDC, Datu Dr. Hj Sulaiman Hj Husaini and wakil dari NKRA pendidikan Putrajaya, Encik Fauzi Mahson..

mekorg selaku AJK penyelaras udah berada di muara tuang seawal pukul 9am.. ngantong banner and masang backdrop.. apapun majlis berjalan dengan lancar alhamdulillah.


perasmian memecah tanah dan menanam pokok..simbolik perasmian petang ya


Timbalan penyelaras program, YB Awg Kederi.. heheh


bg jamel masang banner


yg sempat bergambar.. yg lain suma dah betabun lari. haha


syabaslah kak ani sbb berjaya ngambik gambar aku yg sedang carik ruang nak ngambar YB..hahha




Wednesday, April 13, 2011

cara hidup Rasulullah SAW

1. Bangun Subuh.

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.

Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.

Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.

Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

2. Minum Air Putih dan Madu

Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.

3. Mencampur Minyak Zaitun

Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.

4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.

Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.

Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

6. GEMAR BERJALAN KAKI.

Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

7. TIDAK PEMARAH.

Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.
* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.

8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

9. TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:

* Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
* Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.

10. Makan Sayur di Malam Hari

Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).

Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.

Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)

Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.

Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.

Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.

Monday, April 11, 2011

Ok kah Aku?

salam..

aku sik tauk gine mok describe apa yg aku rasa time tok.. nampaknya peluang aku terkubur lagik buat kesekian kalinya.. aku hanya mampu tersenyum..

apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, jgn sekali2 kita teragak-agak untuk menghulurkan bantuan..

Sunday, April 10, 2011

Isnin yang indah

assalamualaikum..

haha.. tajuk nya very2 cliche' aku sik tauk pahal aku kah tajuk post aku Isnin Yang Indah.. or mungkin something telah berlaku ngn aku recently?

yes.. i admit! haha.. alhamdulillah, aku asa happy gilak2 mggu tok. 1st of all, cousin aku, muhammad redza zolkipli ahernya menamatkan zaman bujangnya dengan arianti kamal..gadis pilihannya and kenalannya semasa menuntut di IPT..alhamdulillah..sampe juak seru nya.. redza atau lebih mekorg kenali sebagai Boy dalam family mek org seorang yg ceria and sangat2 pande ngambik hati org.. pande naitkan mood environment. hehe..and hes big (biasalah, mekorg keluarga panda)..persiapan majlis persandingan boy bermula hari jemat ya tek.. dats y aku sik turun ngajar..mek org terus pergi ke ballroom pustaka negeri..walahwei.. nang busy lah.. aku time boy maca nikah sik sempat dtg sbb aku gik kerja time as the event took place after friday prayers.


pelamin boy duak yanti..hasil sntuhan pereka sik asing agik, Uncle Alek...


persiapan time nak masok, kazen2 ku lain ngembak bunga manggar..


tok before nya siap la..


the D Day.


Yanti and Boy.. belakang nya Edoz.. heheh..Mok Saadi interprem indah kat belakang ya.


sik tauk ku nakpa gambar sapa diambik sofea ya.. maka pengantin kat belakang..hahha


penyanyi bidan terjun pagi ya.. hahaha.. aku nang sik standby laa...
"sedetik lebih" and "just the way you are"


haa..tokla artis sebenarnya perform pagi ya..haha..Adi Hamiz Johar!

syukur alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar pagi sabtu ya tek..walaupun ada ketika ya berlaku sedikit masalah teknikal (sik cukup kerusi). p ya sikpa, nang selalu terjadi bah dalam majlis nikah.