Thursday, March 31, 2011

bilek gerakan..oh bilek gerakan..

assalamualaikum..

atas arahan sidak SEDC and GM SeDidik, mulai kinektok, Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Korporat dan Pemasaran akan dijadikan bilik gerakan aktiviti dan program KEMBARA PENDIDIKAN AWAL SEDIDIK 2011..

aktiviti tok dirangka bersempena dengan pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak yg sik lamak gik kelak.. aku diberik port folio mengurus aktiviti and mc majlis penutupan kembara untuk kpg sageng simunjan. mula2 aku kenak ke Jepak, bintulu nun tapi last2 minute nama aku kenak gugur and seriously i dont know why. p sik apalah, ya bukan rezeki aku utk mengurus aktiviti di sia.

hari jemat sampe ahad tok kelak, sejiwa senada terakhir akan diadakan kat taman sukma. aku mcm biasa, duty hari jemat n sabtu 5pm sampe 10pm.. aku nang sengaja sik mok duty hari ahad sebab aku tauk susah mok bangun pagi ditambah gik ngn benda2 kpg sageng yg belum abis disettle gik.

aritok tek aku siapkan draf teks ucapan YB Tn Hj Naroden and teks MC aku k ku kaka time kat simunjan kelak. aku asa bersemangat aritok..sik tauk kenak.. and aku ingin nya tauk, nya banyak berik aku semangat time aku down duak tiga hari tok tek.. walaupun nya 3 tahun lebih muda dari aku, aku mala kenak selak nya ajak2.. bait nya dalam keta or kat phone.. tauk ada aku ajak kenak..chiss.. hehhe.. kerja aku tinggal sikit gik tok.. alang2 nak ngabis senarai penghulu n ketua kampung kawasan P.200 Batang Sadong lok.. chiaow..



another hectic weekend awaits..


Tuesday, March 29, 2011

sejiwa senada MBKS

assalamualaikum..

alhamdulillah, mggu ya tek berlangsungnya program sejiwa senada untuk kawasan kuching selatan. sejiwa senada mggu ya tek dipolah kat area parking lot dewan masyarakat MBKS.. sedidik sedc pun booth number 92.. sama dengan booth sidak sedc juak..

nang kamboh juak..cun shift aku tek ari jemat (5pm-10pm).. and ari ya juak aku ada taklimat public mutual kat headquaters sedc (lepas solat jumaat).. lepas taklimat ya aku terus pecut ke MBKS.. nangga booth udah di set up sidak abg rajesh awal2.. thanks! start dari kol 5pm aku duak justin bertugas sampe lah kol 10pm.. rami juak customer beli produk2 sedidik..hehe..n sik dpt ku lupak justin kenak kaco customer ompuan yg agak "krek" kit.. mala madah i love you ngn justin.. hahaha...mun linda dengar ngamok linda..


aku, kak liza, ejah, kak shy, kak ani, kak parmi n kak midot..

and kali tok.. aku sik juakla..whether suratan kebetulan ka apa ka.. booth nya berjiran agik ngn booth mekorg..haiii...punyalah senang hati aku (senang hati tanpa sebab? cehh) cuma nya pun duty hari ahad (aiee..duty aku just jemat n sabtu jak).. haish.. hari sabtu duty aku start kol 5pm.. sampe lah kol 10pm..aku malam ya sama ngn sepul duak roslie.. sales ari sabtu mun dicompare ngn jemat, deras gik sales ari sabtu..aku rasa org rami kali.. dahla malam ya aku sorang jak kat booth..apa tek sepul duak roslie ku suroh mecah duit.. senang time berjual beli..

aku nang hope bena dpt jumpa nya di booth mcm kat serian dolok.. p nya pun duty hari ahad.. and aku pn turun juak hari ahad ya tek.. sbb haaa.. aku rasa aku mula rindu ngn nya lah (cehh) apa jakla aku.. p yalah tek, aku pun turun tek hari ahad pagi ya.. and there she was.. and cuaca pada hari ahad ya nang panas gila babass.. aku nait penin bila masok time tengahari.. n ku nangga nya pun kurang selesa juak tam panas ari ya.


kat depan pintu masuk booth peserta sejiwa senada..panassss..


nembiak tok nang macam anak patung.. so cute!


booth sedidik kenak serbuuuu...


nyampei hadiah ngn salah seorang pemenang lucky draw.. (sak jak safarina ya staff hahah)


erol nang jadi jurugambar rasmi sedidik.. kakni steady!



aku sik sangka..nang menjadi program slim down aku duhal..alhamdulillah..






Thursday, March 24, 2011

WHOOAA.. SUDAH MARCH ka?

assalamualaikum..

nang sik berasa aie.. udah bulan mac dah kita tok duhal.. haha.. sik sedar ada jak masa cepat berlalu dalam tahun 2011 tok.

macam2 juak lah perkara berlaku dalam awal tahun tk.. n dalam hidup aku.. aku dah mula merasa bahang menjadi seorang eksekutif komunikasi.. nang penat.. event yang latest tok tek, Sejiwa Senada yg 1st time aku join kat Serian 18-21 Mac ria.. bejaga untuk sabtu n ahad sampe kol 11pm.. n then balit gik ke Kuching..


ngan zul dari booth MBSB and erol, graphic designer SeDidik


aku duak zul berlawan sora, sapa dpt niru sora manok dgn terer..

aku sik kisah sbb ya nang dah jadi kerja aku.. p aku enjoy.. sepenat2 ne pun aku, aku tetap enjoy ngn kerja aku. alhamdulillah, aku dah dpt sedikit sebanyak pengalaman yang sangat berharga untuk diri aku lalui semua tok. n terima kasih juak ngn sahabt2 yg setia bersama aku, berik dorongan ngn aku untuk bersemangat.. kat sejiwa senada ya juak aku mula berkenalan ngn seseorang. bukan main sombong gik mula2 ku nangga nya.. kebetulan nya jiran booth mek org.. n mesti persepsi pertama aku, nya lawa.. nang bena juak bah... muka nya mcm sombong jak.. kebetulan ada masa ya aku visit booth sidak n tanyak ttg kementerian tmpat nya bekerja ya. kementerian pembangunan perindustrian sarawak.. so aku nanyak la tek ttg apa jenis2 industri yang diproses sia.. and you know what? sangkaan aku meleset sama sekali.. ramah sekali orang nya.. alhamdulillah, semua nya berjalan ngn lancar hari last day ya n aku sempat mintak email untuk keep in touch.. sykur.. a new day has come.. ('',)

aku bertugas agik mggu tok, jumaat sampe ahad.. kali tok di MBKS.. mggu depan kat taman sukma.. totally energy demanding keja aku buat masa tok.. but i know i can do this..


aku, mac, 2011..

Tuesday, February 15, 2011

Tragedi Tahun Baru Cina 2011

assalamualaikum.. selamat petang kepada semua rakan2 facebookers.. terdetik di dalam hati saya untuk menulis entri kali ini. kelajuan membunuh.. ya, memang saya tidak mampu untuk menyangkal betapa bahayanya jika kelajuan mengatasi pertimbangan akal.

jika sebelum ini, saya hanya mendengar kemalangan jalan raya di dada2 akhbar, atau di depan kaca televisyen..tapi pada hari khamis yang lalu, kebetulan pula jatuh pada hari pertama tahun baru cina 2011, saudara rapat saya iaitu abang jai (mohd zaidi mahdi) telah kembali ke rahmatullah.

abang jai meninggal akibat kemalangan jalan raya di Nonok, Kota Samarahan, kira2 20km dari bandar Kuching. pada malam khamis itu, kami sekeluarga sedang membuat majlis barbeku di rumah mak saudara (Yak Jebi) di tupong. ketika membalik-balik kepak ayam yg saya panggang, kak pot (halipah mahdi) menerima panggilan dari entah yang saya sendiri tidak pasti siapa mengatakan bahawa abang jai terlibat dalam kemalangan. panggilan kedua menyusul beberapa minit kemudian mengesahkan bahawa abg jai terbunuh dalam kemalangan tersebut. kak pot lalu meraung selepas menerima panggilan tersebut dan terduduk di kerusi. saya pada ketika itu lalu menenteramkan keadaan kak pot yang sudah mula berlinangan air mata. semua ahli keluarga kami pada malam itu tergamam.. tiada lagi keseronokan berbarbeku pada malam itu. beberapa ketika selepas itu, barulah telefon bimbit milik saya, pap, abang andy, dan beberapa ahli keluarga saya yang lain berbunyi.. masing2 bertanyakan tentang abg jai. berita sedih itu disampaikan kepada ayah abang jai iaitu Wa Mahdi dengan nada yang terketar-ketar.. jenazah abg jai ketika itu masih berada di pusat kesihatan sadong jaya. dengan beberapa keputusan yang perlu diambil segera, pap dan beberapa elders yang lain berbincang cara untuk menuntut jenazahnya kerana jam sudah menunjukkan jam 9pm. disebabkan kemalangan berlaku di kawasan samarahan, jenazah harus dituntut oleh waris keluarga.. Wa Mahdi dan Wa Pisah yang pada ketika itu masih di kampung, dicadangkan agar terus ke hospital umum kerana pihak polis telah bersetuju untuk menghantar jenazah ke hospital. kami di rumah Yak Jebi ketika itu membuat keputusan untuk pergi ke kawasan Tajo, Samarahan untuk mengambil Wa Mahdi dan sebagainya memandangkan paras air sungai di muara Kpg Gobel rendah. Tajo pula kawasan yang dapat menghubungkan kampung kami (Kpg Beradek, Tiang Api) dengan kawasan Samarahan. kami berpakat untuk pergi ke Tajo untuk mengambil Wa dan orang kampung yang turut serta. jadi, pada malam itu, saya diiringi pap, abang andy dan gg memandu sebuah kereta bersama sebuah lagi van pusat perubatan KPJ yang dipandu oleh saudara saya, abang jidel. sesampainya kami ke pusat perubatan KPJ, abg jidel terus menghidupkan van dan pada ketika itu, Udak Mederi dan anak2nya pun sampai. kami berbincang tentang perjalanan kami ke Tajo. oleh kerana pihak polis sudah dalam perjalanan dari Nonok ke hospital, maka saya, pap, abang andy dan gg bergerak ke kem tentera RAMD batu 8 untuk mengesahkan tiket penerbangan abg saadi (Saadi Mahdi). abg saadi ialah abang arwah dan juga seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kuala Lumpur. abg saadi telah menelefon pap untuk membantunya menguruskan perjalanannya ke Kuching kerana mengikut polisi tentera, kedua-dua pejabat tentera RAMD perlu diumumkan tentang peristiwa kemalangan tersebut. alhamdulillah, setelah perkara itu selesai, tiket abg saadi telah berjaya disahkan dan menurut jadual, penerbangannya ke Kuching adalah pada awal pagi Jumaat. begitu juga dengan kakak arwah, kak dot (hasbah mahdi) yang menelefon untuk mengesahkan tiketnya dari Miri ke Kuching.setelah selesai menguruskan tiket abg saadi di kem RAMD batu 8, kami terus bergerak ke hospital umum. jam pada waktu itu sudah menunjukkan jam 11 tengah malam. manakala abg jidel dan Udak Mederi bergerak terus ke Tajo untuk menjemput Wa Mahdi dan org kampung.

setibanya kami di hospital, kelihatan Anjang Yan dan abang boy di ruang legar A&E (accident and emergency). kami menerima laporan bahawa jenazah abg jai akan dihantar di sana untuk direkod sebelum diletakkan ke rumah mayat. saya lihat mata Anjang Yan sudah mula bergenang. kawan2 arwah juga sudah mula mengerumuni kawasan itu. pada pukul 1pagi, trak polis yang membawa jenazah pun sampai diiringi seorang pegawai polis trafik yang bernama Sarjan Rahmat. dan pada ketika itulah saya melihat seorang lelaki yang berpakaian comot dan koyak rabak meloncat keluar dari trak polis itu. saya tertanya-tanya pada diri saya, siapakah lelaki itu? kemudian keadaan bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan wartawan yang saya fikir wartawan dari akhbar bahasa cina datang lalu mengambil gambar jenazah yang pada ketika itu masih berbungkus kemas dalam bodybag. mereka segera menemuramah lelaki yang berpakaian comot sebentar tadi, rupanya lelaki itu adalah mangsa kemalangan yang terselamat. saya cuba memujuk wartawan agar berhenti mengambil gambar jenazah kerana saya ingin mereka menghormati perasaan keluarga mangsa. setelah proses rekod selesai kami berganjak ke rumah mayat kerana di sanalah pihak polis akan menyimpan jenazah untuk post mortem.

setelah sampai di sana, saya sempat membantu menurunkan jenazah abg jai ke troli mayat. saya tidak dapat menahan perasaan saya lagi, saya menangis apabila melihat keadaan abg jai, yang berbungkus di dalam bodybag. jika sebelum ini, saya hanya melihat keadaan ini di dalam drama2 melayu di kaca televisyen tetapi pada awal pagi itu, saya sama sekali tidak menyangka bahawa saya akan melihat seseorang yang rapat dengan saya berada di dalam beg tersebut. saya belum lagi mempunyai kekuatan untuk membuka beg tersebut. bukan kerana saya lemah semangat tetapi saya tidak mampu untuk melihat wajah ahli keluarga saya yang meninggal dunia. kami menunggu pihak Wa Mahdi dan orang kpg untuk datang kerana pada jam 2 pagi, mereka masih dalam perjalanan ke hospital. setelah mendengar penjelasan daripada sarjan Rahmat, saya mengiringi Anjang Yan dan abg boy untuk melakukan pengecaman mayat. saya menggagahkan diri saya untuk bersama mereka melakukan pengecaman mayat. dengan tangan yang terketar-ketar, Anjang Yan dan abg boy membuka bungkusan body bag. serta merta bau hanyir darah menusuk hidung kami tapi saya kuatkan semangat saya. subhanallah, Anjang Yan terus menangis sejurus membuka balutan kain yang dibasahi darah merah. "Ya Allah, Jai..." tanpa saya sedari air mata saya mula menitis. saya merapati jenazah dan cuba membuka balutan pada badan jenazah, walaupun berdarah, saya kuatkan hati saya. saya difahamkan bahawa motorsikal yang ditunggang abg jai dan rakannya tergelincir dan merempuh besi pembahagi jalan di kawasan Nonok. kepala sebelah kanan abg jai cedera teruk dan masih ada darah yang membuak2 keluar. Anjang Yan meneliti setiap anggota badan abg jai. Dia juga merupakan senior nurse di hospital umum. terdapat beberapa kesan lebam dan tangan kanan abg jai seakan-akan patah. saya beredar dari ruang mayat lalu mencuci tangan saya. entah sehingga kini bau tersebut masih terngiang-ngiang dalam minda saya. beberapa ketika kemudian, van yang membawa Wa Mahdi, Wa Pisah dan orang kampung sampai ke perkarangan rumah mayat hospital umum. namun sebelum itu, pap dan Anjang Yan bercakap sesuatu dengan Wa Mahdi.. saya mengiringi Wa Mahdi pergi melihat jenazah dan saya diminta untuk bersiap sedia. sejurus sahaja Wa Mahdi membuka balutan kain putih itu, Wa Mahdi turut tewas. suasana pada ketika itu memang hiba. saya sendiri memeluk Wa dari belakang. kasih seorang ayah terhadap anak tidakkan terhenti walau roh bercerai dari jasad sekalipun.. Wa Mahdi mengucup dahi abg jai..Ya Allah, perasaan saya ketika itu sukar untuk saya gambarkan. selepas itu, Wa Pisah masuk untuk melihat abg jai yang sudah terbujur kaku. Wa Pisah hampir pitam setelah melihat jenazah abg jai. mujurlah adik beradik Wa Pisah berupaya untuk memujuk dan menenangkannya. menurut Sarjan Rahmat, beliau terpaksa mengambil kes kemalangan ini sebagai kes polis kerana pihak polislah pihak yang pertama mengetahui kemalangan ini. dan beliau turut berbincang tentang post mortem bagi memastikan COD (cause of death) abg jai. walaupun berat dirasakan di hati, untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah, kami mengikuti apa yang diarahkan oleh Sarjan Rahmat. tambahan pula, pihak polis Bukit Aman juga telah menerima laporan awal kemalangan. beliau turut meminta kami untuk pergi ke balai polis samarahan untuk membuat laporan. melihat pada jam tangan saya yang sudah menunjukkan jam 2.30 pagi, saya memandu ke Kota Samarahan bersama pap, abg andy dan gg. kami meninggalkan mereka di rumah mayat dan terus bergerak ke Kota Samarahan. tiada lagi yg mampu kami buat ketika itu melainkan mengikut arahan pihak polis.

jam 3 pagi, kami sampai di perkarangan balai polis samarahan untuk membuat laporan. setelah menunggu sehingga jam 3.30 pagi, Sarjan Rahmat pun datang bersama lelaki yang membonceng arwah. saya hanya duduk memerhati lelaki itu ketika berada di dalam pejabat. saya menanya nya beberapa soalan. jika diikutkan hati saya, memang saya akan menggunakan kekerasan untuk menyoalnya tetapi apa faedahnya kerana arwah sudah meninggal dan segalanya sudah berlaku. menurutnya, abg jai memang laju ketika menunggang motorsikal RXZ nya pada petang itu dan ketika berada hampir dengan selekoh, nalurinya menggesa agar melompat dari motorsikal tersebut. setelah sedar dari pengsan, orang ramai sudah mengerumuni kawasan kemalangan dan abg jai menurutnya, sudah tidak bergerak-gerak lagi. saya menyerahkan dia untuk disoal kembali oleh Sarjan Rahmat, beliau turut melahirkan perasaan kecewa dengan sikap anak-anak muda yang gemar menunggang dan memandu kenderaan dengan laju. "kenapa perlu gopoh-gapah?" saya masih ingat kata2nya itu. setelah selesai siasatan dan laporan, kami kembali ke Kuching dan jam sudahpun menunjukkan jam 4.30 pagi. kata Sarjan Rahmat lagi, post mortem akan dibuat pagi jumaat untuk mengenal pasti COD dan jenazah boleh dibawa keluar untuk dikebumi selepas itu. sekembalinya kami ke rumah Kak Yah (Rabiah Mahdi), suasana sugul menyelubungi keluarga kami.

pada jam 11pagi, jenazah sampai ke perkarangan masjid Tupong untuk disembahyangkan. setelah itu, jenazah dibawa ke rumah Kak Yah untuk memberi laluan untuk sanak saudara memberikan penghormatan terakhir. syukur alhamdulillah, saya sempat membacakan surah Yassin kepadanya. ketika membaca, hati saya benar2 ditusuk perasaan sedih dan saya menangis. mengenangkan nasib arwah yang sebelum ini, dia pernah berkata bahawa beliau ingin mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga tahun ini..Wa Mahdi dan Wa Pisah mengucup dahi arwah buat kali terakhir dengan adik beradiknya yang lain (Kak Rabiah, Kak Radiah, Kak Dot, Kak Pot dan Abg Saadi) turut berbuat demikian. ketika itulah saya melihat wajah arwah buat kali yang terakhir, ya Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa, wajah arwah walaupun dibina semula (reconstruct) dengan plaster, namun, wajahnya jelas menunjukkan arwah tersenyum. wajah arwah juga sangat bersih. selepas sembahhyang jumaat, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam sungai jernang, muara tebas. dan jenazah dikebumikan di sebelah makam nenda kami, nek Den (Mahiden Yusof). syukur, cuaca sangat mengizinkan ketika majlis pengebumian dilangsungkan. abg saadi yang patah kaki akibat bermain bola sepak di kuala lumpur turut hadir ketika majlis pengebumian.. kasih abang kepada adik, itulah yang menjadikan saya semakin sebak ketika itu. walaupun dengan menggunakan topang besi, dia tidak menyerah kalah. kagum saya. pada sebelah malamnya, kami solat berjemaah maghrib dan isyak yang dihadiri oleh sanak saudara. dan terkejut pula saya kerana pada pukul 9.30pm, kami dikunjungi oleh YB Dr. Abg Abd Rauf, ahli dwan undangan negeri kawasan kampung. saya begitu terharu dengan sifat mesra rakyat beliau dan sanggup turun padang, berkongsi kesedihan keluarga kami.

siapa yang tidak kenal dengan abg jai, seorang lelaki yang berbadan sasa tetapi memiliki hati yang sangat baik.. dia seringkali membuatkan kami tidak kering gusi dengan gurau sendanya. dia adalah seorang saudara dan seorang abang kepada kami. abg jai tidak pernah memburukkan sesiapa sepanjang hayatnya. jika ada masalah, dia jarang berkongsi masalahnya dengan kami. kini, aiman dan amirah saling bertanya, "Ne usu jai?" tiap kali soalan itu terpacul, menitislah air mata ibu mereka Kak Yah dan adik-adiknya iaitu Kak Radiah, Kak Pot, Kak Dot, dan Abg Saadi. Kak Radiah sempat menunjukkan sms terakhir arwah jam 2pm, yang menyatakan arwah berjanji untuk membeli 10 ekor ayam untuk dibawa ke kampung. jika ada kematian, arwahlah orang yang pertama menyatakan kesudiannya untuk menggali kubur. pap juga selalu menggunakan khidmat arwah untuk membantu mengemaskan kawasan rumah. abg jai seorang yang pemurah, baik hati dan tidak pernah menunjukkan kemarahannya walaupun ada ketika, dia sedang marah. kali terakhir abg jai pergi ke rumah saya adalah ketika majlis perkahwinan abang andy, disember yg lalu. arwah yang merupakan anak bongsu lelaki dalam keluarga Wa Mahdi, bekerja di Samarahan ingin menunggang motorsikal berkuasa tinggi. itulah impiannya. jika motorsikal lamanya rosak, dia akan menghubungi saya untuk meminjam motorsikal honda ex5 saya. ya Allah, masih terngiang2 wajah arwah dalam minda saya. buat keluarga Wa Mahdi, sabarlah dengan ketentuan yg diberikanNya kepada kita, kehilangan arwah pastinya memberikan kita hikmah yang kita sama sekali tidak mengetahuinya. kuatkan semangat, tabahkan hati ya? Allah maha kuasa, Dia himpunkan kita semua pada malam itu untuk menerima berita mengejutkan ini.. sesungguhnya Dia lebih mengetahui semua..

Mohd Zaidi Bin Mahdi (1979 - 2011)

alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amin..


Monday, December 13, 2010

it has to end..



ktk, you are so dear to me..
you have to believe that..
i just cant be the man that you want right now or the one that you deserve..
so im afraid I am going to have to call us off for right now..
i know its very hard but i have to do it for us both..
i need to go find myself and figure out why these little things always become huge obstacles
for me and you need to get on with your life..
im really sorry that it has come to this.
i will always think of you fondly and I hope that you will also think of me,
if not fondly, then at least not bitterly..
we are still friends, forever and for always..

Thursday, October 21, 2010

off day, friday 22th

salam..

aritok, aku g check kat spetar ngn pap aku.. time MRI scan n ECG tadik alhamdulillah sekda pa2 juak yg abnormal. cuma ada sikit kembang kat tulang dada. ya nyuruh contraction muscle kat sia n menyebabkan dada aku sakit. mungkin disebabkan oleh aku jatuh main futsal minggu lepas kali.

aku cuti ari jumaat, esok n ahad.. haha.. ada 3 hari total untuk aku berehat.. esok aku gi lundu embak berurut. berubat kat sia. mula2 aku nang sik mok pegi p nang dah dipaksa oleh pap.. aku kan apa, aku susah hati mun aku sik dpt tauk khabar berita darinya. dahla tadik nurse ya sampe 4 kali cucok lengan aku carik urat k amik darah... arghh.nya ingat tangan aku ya balloon? nasib ada doktor india tadik settle semua... hurmmm..p ku sik la nyalah nurse ya...nak nama manusia tok, sik pat lari dari mistake.. mun sidak nurse sekda, sapa mok uruskan psakit di spetar nak?

hurm.. aku hope aku cukup kuat pastok untuk menghadapi semua perkara yang berlaku ngn aku. aku sik tauk pahal n kenakngn aku lamak2 tok. aku asa mcm bukan aku jak pun badan tok. hatiku sik tenteram ajak2.. ya Allah, kurniakan aku ketenangan time tok Ya Allah.. i need a break.. 5 bulan berada di SeDidik SEDC benar2 mencabar mental n fizikal aku sebagai pegawai komunikasi. insya Allah, mun aku kuat, aku mampu menempuh semua tok.. lebih2 gik masa selama sebulan tok bla nya masih ada di depan mata..

aku cuma perlu jadi lebih berani, untuk berterus terang.. daripada aku terus membatu seorang dirik.. it will not be an easy thing to do.. but i have to.. the time is running out..

Monday, October 18, 2010

kembalikan semangatku..kembalikan ketenanganku.

salam..

ku harapkan sinar isnin boleh menyuruh aku senyum.. p aku hairan, kenak aku marek nang asa lost... sik pernah aku asa lost glak cmya. semua kerja aku sik betul. hurm.. mengetahui akan sesuatu menjadikan hidup aku gelap sikit ari marek.. Tuhan Maha Adil.. nya belum gik berik aku keselesaan hidup buat masa tok n diberiknya aku dugaan demi dugaan sik putus2 untuk aku. aku redha ajak apa jenis dugaan yg nya berik. kewangan aku rapuh, kesihatan aku makin runcing, nya menjauh dariku, Ya Allah, aku mohon Kau kurangkan sikit dugaan Kau ya Allah.. aku takut aku sik mampu tanggung semua tok sorang2.. aku tauk, lamak2 tok aku melupakan Kau ya Allah. aku sedar, aku banyak melakukan kesilapan demi kesilapan atas dosa2 aku yang lalu. aku hope aku sik terlambat memohon keampunan dari Kau ya Allah.

dada aku sakit gik sebelah kiri n lutut aku sikpat bergerak gilak. menyukarkan aku untuk bersolat tapi ya langsung sik mematahkan aku untuk menunaikan kewajipanku terhadapNya. perut ku dah mula molah hal agik, aku sik patut makan makanan2 keras n aku mula berak darah agik. masya Allah, apa dah jadi ngn aku?? dolok2 tme aku gik sihat, aku tinggalkan solat.. buat2 bodo jak n now im sure, i learned from those mistakes. time sihat2 aku sik gunakan sepenuhnya untuk beribadah padaNya. mujur pada usia aku masih 25 tahun tok, n secara khususnya, knektok, aku menyedari kesilapan aku n aku bersedia untuk menebus semua kesilapan ya. aku bukanlah muslim yang baik tapi aku akan berusaha ke arah ya.

dolok time begerek, aku selalu juak melupakan solat. aku lebih mementingkan nya dari Tuhan aku dimpun.. ya Allah, lemah nya jiwa aku time ya. aku hanyut dengan semua2 perkara yang melalaikan aku. aku bersyukur kali tok, aku dibukakan mata pada saat aku benar2 memerlukan bimbingan time tok. syukur gilak2..

aku tinggal aku.. kadang2 aku mencari apa ertinya hidup aku mcmtok. mesti ada hikmah yg Nya mok aku faham n carik. aku ingin mengecapi kebahagiaan yang pernah aku alami dolok.. aku asa bertuah sbb family aku sentiasa menyokong dan kawan2 yg sentiasa bersama aku baitnya aku down or aku happy. aku hanya terfikir ttg nya time tok.. ok kah nya.. dah makan kah nya.. mcm2 jak tepacul dalam otak aku ttg nya.. tapi aku sedar, aku hanya bertepuk sebelah tangan. aku tauk sesuatu berlaku tanpa pengetahuan aku tapi apa aku boleh buat kan? aku just dpt berdoa agar nya sentiasa bahagia.

aku, berusia 25 tahun tahun tok, satu umur yg aku sik pernah sangka aku akan berada pada tahap umur tok. mcm ari marek jak aku abis study. aku bukan nembiak agik. aku bukan bergelar pelajar Universiti agik. aku dah jadi pekerja. aku dah bergelar staf. tanggungjawab aku dah bertambah. dolok aku hanya makan free jak kat umah. nektok aku dah pande bayar kereta, bayar bil2 umah n beli barangan umah. this is how i see my self in the next 5 years. and yes, i need a companion. the one who could be the mother of my children. mudahan aku dipertemukan dengan seseorang yang bersih jiwa raganya, cantik wajah and budi pekertinya.. apa yg penting, nya menerima aku seadanya.. susah mok cari ciri2 ya nektok.. udah ku jumpa p yalah, jauh..

aku asa aku stop lok buat masa tok, nak prepare k g meeting gik lok.. aku asa selesa sbb di dalam blog lah aku luahkan segala yg terbuku dalam hati aku.. n aku sik suka cita ngn pap or mak masalah aku, sbb aku sik mok sidak bimbang ngn aku. apa yg pasti, aku sudah kembali ke pangkal yang sepatutnya, kembali pada yg Maha Esa.. cinta bonus untuk aku..

"Jangan sekali-kali kehidupan dunia memperdayakanmu, dan jangan pula iblis dan syaitan memperdayakan dalam ketaatanmu terhadap Allah"