Tuesday, February 15, 2011

Tragedi Tahun Baru Cina 2011

assalamualaikum.. selamat petang kepada semua rakan2 facebookers.. terdetik di dalam hati saya untuk menulis entri kali ini. kelajuan membunuh.. ya, memang saya tidak mampu untuk menyangkal betapa bahayanya jika kelajuan mengatasi pertimbangan akal.

jika sebelum ini, saya hanya mendengar kemalangan jalan raya di dada2 akhbar, atau di depan kaca televisyen..tapi pada hari khamis yang lalu, kebetulan pula jatuh pada hari pertama tahun baru cina 2011, saudara rapat saya iaitu abang jai (mohd zaidi mahdi) telah kembali ke rahmatullah.

abang jai meninggal akibat kemalangan jalan raya di Nonok, Kota Samarahan, kira2 20km dari bandar Kuching. pada malam khamis itu, kami sekeluarga sedang membuat majlis barbeku di rumah mak saudara (Yak Jebi) di tupong. ketika membalik-balik kepak ayam yg saya panggang, kak pot (halipah mahdi) menerima panggilan dari entah yang saya sendiri tidak pasti siapa mengatakan bahawa abang jai terlibat dalam kemalangan. panggilan kedua menyusul beberapa minit kemudian mengesahkan bahawa abg jai terbunuh dalam kemalangan tersebut. kak pot lalu meraung selepas menerima panggilan tersebut dan terduduk di kerusi. saya pada ketika itu lalu menenteramkan keadaan kak pot yang sudah mula berlinangan air mata. semua ahli keluarga kami pada malam itu tergamam.. tiada lagi keseronokan berbarbeku pada malam itu. beberapa ketika selepas itu, barulah telefon bimbit milik saya, pap, abang andy, dan beberapa ahli keluarga saya yang lain berbunyi.. masing2 bertanyakan tentang abg jai. berita sedih itu disampaikan kepada ayah abang jai iaitu Wa Mahdi dengan nada yang terketar-ketar.. jenazah abg jai ketika itu masih berada di pusat kesihatan sadong jaya. dengan beberapa keputusan yang perlu diambil segera, pap dan beberapa elders yang lain berbincang cara untuk menuntut jenazahnya kerana jam sudah menunjukkan jam 9pm. disebabkan kemalangan berlaku di kawasan samarahan, jenazah harus dituntut oleh waris keluarga.. Wa Mahdi dan Wa Pisah yang pada ketika itu masih di kampung, dicadangkan agar terus ke hospital umum kerana pihak polis telah bersetuju untuk menghantar jenazah ke hospital. kami di rumah Yak Jebi ketika itu membuat keputusan untuk pergi ke kawasan Tajo, Samarahan untuk mengambil Wa Mahdi dan sebagainya memandangkan paras air sungai di muara Kpg Gobel rendah. Tajo pula kawasan yang dapat menghubungkan kampung kami (Kpg Beradek, Tiang Api) dengan kawasan Samarahan. kami berpakat untuk pergi ke Tajo untuk mengambil Wa dan orang kampung yang turut serta. jadi, pada malam itu, saya diiringi pap, abang andy dan gg memandu sebuah kereta bersama sebuah lagi van pusat perubatan KPJ yang dipandu oleh saudara saya, abang jidel. sesampainya kami ke pusat perubatan KPJ, abg jidel terus menghidupkan van dan pada ketika itu, Udak Mederi dan anak2nya pun sampai. kami berbincang tentang perjalanan kami ke Tajo. oleh kerana pihak polis sudah dalam perjalanan dari Nonok ke hospital, maka saya, pap, abang andy dan gg bergerak ke kem tentera RAMD batu 8 untuk mengesahkan tiket penerbangan abg saadi (Saadi Mahdi). abg saadi ialah abang arwah dan juga seorang anggota tentera yang berkhidmat di Kuala Lumpur. abg saadi telah menelefon pap untuk membantunya menguruskan perjalanannya ke Kuching kerana mengikut polisi tentera, kedua-dua pejabat tentera RAMD perlu diumumkan tentang peristiwa kemalangan tersebut. alhamdulillah, setelah perkara itu selesai, tiket abg saadi telah berjaya disahkan dan menurut jadual, penerbangannya ke Kuching adalah pada awal pagi Jumaat. begitu juga dengan kakak arwah, kak dot (hasbah mahdi) yang menelefon untuk mengesahkan tiketnya dari Miri ke Kuching.setelah selesai menguruskan tiket abg saadi di kem RAMD batu 8, kami terus bergerak ke hospital umum. jam pada waktu itu sudah menunjukkan jam 11 tengah malam. manakala abg jidel dan Udak Mederi bergerak terus ke Tajo untuk menjemput Wa Mahdi dan org kampung.

setibanya kami di hospital, kelihatan Anjang Yan dan abang boy di ruang legar A&E (accident and emergency). kami menerima laporan bahawa jenazah abg jai akan dihantar di sana untuk direkod sebelum diletakkan ke rumah mayat. saya lihat mata Anjang Yan sudah mula bergenang. kawan2 arwah juga sudah mula mengerumuni kawasan itu. pada pukul 1pagi, trak polis yang membawa jenazah pun sampai diiringi seorang pegawai polis trafik yang bernama Sarjan Rahmat. dan pada ketika itulah saya melihat seorang lelaki yang berpakaian comot dan koyak rabak meloncat keluar dari trak polis itu. saya tertanya-tanya pada diri saya, siapakah lelaki itu? kemudian keadaan bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan wartawan yang saya fikir wartawan dari akhbar bahasa cina datang lalu mengambil gambar jenazah yang pada ketika itu masih berbungkus kemas dalam bodybag. mereka segera menemuramah lelaki yang berpakaian comot sebentar tadi, rupanya lelaki itu adalah mangsa kemalangan yang terselamat. saya cuba memujuk wartawan agar berhenti mengambil gambar jenazah kerana saya ingin mereka menghormati perasaan keluarga mangsa. setelah proses rekod selesai kami berganjak ke rumah mayat kerana di sanalah pihak polis akan menyimpan jenazah untuk post mortem.

setelah sampai di sana, saya sempat membantu menurunkan jenazah abg jai ke troli mayat. saya tidak dapat menahan perasaan saya lagi, saya menangis apabila melihat keadaan abg jai, yang berbungkus di dalam bodybag. jika sebelum ini, saya hanya melihat keadaan ini di dalam drama2 melayu di kaca televisyen tetapi pada awal pagi itu, saya sama sekali tidak menyangka bahawa saya akan melihat seseorang yang rapat dengan saya berada di dalam beg tersebut. saya belum lagi mempunyai kekuatan untuk membuka beg tersebut. bukan kerana saya lemah semangat tetapi saya tidak mampu untuk melihat wajah ahli keluarga saya yang meninggal dunia. kami menunggu pihak Wa Mahdi dan orang kpg untuk datang kerana pada jam 2 pagi, mereka masih dalam perjalanan ke hospital. setelah mendengar penjelasan daripada sarjan Rahmat, saya mengiringi Anjang Yan dan abg boy untuk melakukan pengecaman mayat. saya menggagahkan diri saya untuk bersama mereka melakukan pengecaman mayat. dengan tangan yang terketar-ketar, Anjang Yan dan abg boy membuka bungkusan body bag. serta merta bau hanyir darah menusuk hidung kami tapi saya kuatkan semangat saya. subhanallah, Anjang Yan terus menangis sejurus membuka balutan kain yang dibasahi darah merah. "Ya Allah, Jai..." tanpa saya sedari air mata saya mula menitis. saya merapati jenazah dan cuba membuka balutan pada badan jenazah, walaupun berdarah, saya kuatkan hati saya. saya difahamkan bahawa motorsikal yang ditunggang abg jai dan rakannya tergelincir dan merempuh besi pembahagi jalan di kawasan Nonok. kepala sebelah kanan abg jai cedera teruk dan masih ada darah yang membuak2 keluar. Anjang Yan meneliti setiap anggota badan abg jai. Dia juga merupakan senior nurse di hospital umum. terdapat beberapa kesan lebam dan tangan kanan abg jai seakan-akan patah. saya beredar dari ruang mayat lalu mencuci tangan saya. entah sehingga kini bau tersebut masih terngiang-ngiang dalam minda saya. beberapa ketika kemudian, van yang membawa Wa Mahdi, Wa Pisah dan orang kampung sampai ke perkarangan rumah mayat hospital umum. namun sebelum itu, pap dan Anjang Yan bercakap sesuatu dengan Wa Mahdi.. saya mengiringi Wa Mahdi pergi melihat jenazah dan saya diminta untuk bersiap sedia. sejurus sahaja Wa Mahdi membuka balutan kain putih itu, Wa Mahdi turut tewas. suasana pada ketika itu memang hiba. saya sendiri memeluk Wa dari belakang. kasih seorang ayah terhadap anak tidakkan terhenti walau roh bercerai dari jasad sekalipun.. Wa Mahdi mengucup dahi abg jai..Ya Allah, perasaan saya ketika itu sukar untuk saya gambarkan. selepas itu, Wa Pisah masuk untuk melihat abg jai yang sudah terbujur kaku. Wa Pisah hampir pitam setelah melihat jenazah abg jai. mujurlah adik beradik Wa Pisah berupaya untuk memujuk dan menenangkannya. menurut Sarjan Rahmat, beliau terpaksa mengambil kes kemalangan ini sebagai kes polis kerana pihak polislah pihak yang pertama mengetahui kemalangan ini. dan beliau turut berbincang tentang post mortem bagi memastikan COD (cause of death) abg jai. walaupun berat dirasakan di hati, untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah, kami mengikuti apa yang diarahkan oleh Sarjan Rahmat. tambahan pula, pihak polis Bukit Aman juga telah menerima laporan awal kemalangan. beliau turut meminta kami untuk pergi ke balai polis samarahan untuk membuat laporan. melihat pada jam tangan saya yang sudah menunjukkan jam 2.30 pagi, saya memandu ke Kota Samarahan bersama pap, abg andy dan gg. kami meninggalkan mereka di rumah mayat dan terus bergerak ke Kota Samarahan. tiada lagi yg mampu kami buat ketika itu melainkan mengikut arahan pihak polis.

jam 3 pagi, kami sampai di perkarangan balai polis samarahan untuk membuat laporan. setelah menunggu sehingga jam 3.30 pagi, Sarjan Rahmat pun datang bersama lelaki yang membonceng arwah. saya hanya duduk memerhati lelaki itu ketika berada di dalam pejabat. saya menanya nya beberapa soalan. jika diikutkan hati saya, memang saya akan menggunakan kekerasan untuk menyoalnya tetapi apa faedahnya kerana arwah sudah meninggal dan segalanya sudah berlaku. menurutnya, abg jai memang laju ketika menunggang motorsikal RXZ nya pada petang itu dan ketika berada hampir dengan selekoh, nalurinya menggesa agar melompat dari motorsikal tersebut. setelah sedar dari pengsan, orang ramai sudah mengerumuni kawasan kemalangan dan abg jai menurutnya, sudah tidak bergerak-gerak lagi. saya menyerahkan dia untuk disoal kembali oleh Sarjan Rahmat, beliau turut melahirkan perasaan kecewa dengan sikap anak-anak muda yang gemar menunggang dan memandu kenderaan dengan laju. "kenapa perlu gopoh-gapah?" saya masih ingat kata2nya itu. setelah selesai siasatan dan laporan, kami kembali ke Kuching dan jam sudahpun menunjukkan jam 4.30 pagi. kata Sarjan Rahmat lagi, post mortem akan dibuat pagi jumaat untuk mengenal pasti COD dan jenazah boleh dibawa keluar untuk dikebumi selepas itu. sekembalinya kami ke rumah Kak Yah (Rabiah Mahdi), suasana sugul menyelubungi keluarga kami.

pada jam 11pagi, jenazah sampai ke perkarangan masjid Tupong untuk disembahyangkan. setelah itu, jenazah dibawa ke rumah Kak Yah untuk memberi laluan untuk sanak saudara memberikan penghormatan terakhir. syukur alhamdulillah, saya sempat membacakan surah Yassin kepadanya. ketika membaca, hati saya benar2 ditusuk perasaan sedih dan saya menangis. mengenangkan nasib arwah yang sebelum ini, dia pernah berkata bahawa beliau ingin mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga tahun ini..Wa Mahdi dan Wa Pisah mengucup dahi arwah buat kali terakhir dengan adik beradiknya yang lain (Kak Rabiah, Kak Radiah, Kak Dot, Kak Pot dan Abg Saadi) turut berbuat demikian. ketika itulah saya melihat wajah arwah buat kali yang terakhir, ya Allah, sesungguhnya Allah maha berkuasa, wajah arwah walaupun dibina semula (reconstruct) dengan plaster, namun, wajahnya jelas menunjukkan arwah tersenyum. wajah arwah juga sangat bersih. selepas sembahhyang jumaat, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam sungai jernang, muara tebas. dan jenazah dikebumikan di sebelah makam nenda kami, nek Den (Mahiden Yusof). syukur, cuaca sangat mengizinkan ketika majlis pengebumian dilangsungkan. abg saadi yang patah kaki akibat bermain bola sepak di kuala lumpur turut hadir ketika majlis pengebumian.. kasih abang kepada adik, itulah yang menjadikan saya semakin sebak ketika itu. walaupun dengan menggunakan topang besi, dia tidak menyerah kalah. kagum saya. pada sebelah malamnya, kami solat berjemaah maghrib dan isyak yang dihadiri oleh sanak saudara. dan terkejut pula saya kerana pada pukul 9.30pm, kami dikunjungi oleh YB Dr. Abg Abd Rauf, ahli dwan undangan negeri kawasan kampung. saya begitu terharu dengan sifat mesra rakyat beliau dan sanggup turun padang, berkongsi kesedihan keluarga kami.

siapa yang tidak kenal dengan abg jai, seorang lelaki yang berbadan sasa tetapi memiliki hati yang sangat baik.. dia seringkali membuatkan kami tidak kering gusi dengan gurau sendanya. dia adalah seorang saudara dan seorang abang kepada kami. abg jai tidak pernah memburukkan sesiapa sepanjang hayatnya. jika ada masalah, dia jarang berkongsi masalahnya dengan kami. kini, aiman dan amirah saling bertanya, "Ne usu jai?" tiap kali soalan itu terpacul, menitislah air mata ibu mereka Kak Yah dan adik-adiknya iaitu Kak Radiah, Kak Pot, Kak Dot, dan Abg Saadi. Kak Radiah sempat menunjukkan sms terakhir arwah jam 2pm, yang menyatakan arwah berjanji untuk membeli 10 ekor ayam untuk dibawa ke kampung. jika ada kematian, arwahlah orang yang pertama menyatakan kesudiannya untuk menggali kubur. pap juga selalu menggunakan khidmat arwah untuk membantu mengemaskan kawasan rumah. abg jai seorang yang pemurah, baik hati dan tidak pernah menunjukkan kemarahannya walaupun ada ketika, dia sedang marah. kali terakhir abg jai pergi ke rumah saya adalah ketika majlis perkahwinan abang andy, disember yg lalu. arwah yang merupakan anak bongsu lelaki dalam keluarga Wa Mahdi, bekerja di Samarahan ingin menunggang motorsikal berkuasa tinggi. itulah impiannya. jika motorsikal lamanya rosak, dia akan menghubungi saya untuk meminjam motorsikal honda ex5 saya. ya Allah, masih terngiang2 wajah arwah dalam minda saya. buat keluarga Wa Mahdi, sabarlah dengan ketentuan yg diberikanNya kepada kita, kehilangan arwah pastinya memberikan kita hikmah yang kita sama sekali tidak mengetahuinya. kuatkan semangat, tabahkan hati ya? Allah maha kuasa, Dia himpunkan kita semua pada malam itu untuk menerima berita mengejutkan ini.. sesungguhnya Dia lebih mengetahui semua..

Mohd Zaidi Bin Mahdi (1979 - 2011)

alfatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amin..