Saturday, November 29, 2008

kenangan terindah Kajian Komunikasi dalam YouTUbe

assalamualaikum.. kepada semua teman seperjuangan program Kajian Komunikasi UNIMAS 2005-2008, saya telah menaik turun video yang berupa gambar2 kenangan kelas kita..

sila link kepada laman URL dibawah..

terima kasih

http://www.youtube.com/watch?v=IJ-9QxOvNJA

Sabtu yang sejuk

Ketika membuat persembahan semasa Majlis Anugerah Pelajar Unimas (MAPU) 2008. ketika ini, rambut saya masih lagi pendek. (Calen, Hazrul, Nasir, Zul, Kurt dan Richie [akulah tu])


assalamualaikum..

berjumpa lagi kita di dalam edisi kali ini. saya sempat menaik turun gambar-gambar ahli kumpulan nasyid DaMy Unimas ketika menjalani hidup satu minggu di apartment cempaka. kami tinggal di sini untuk memudahkan sesi latihan yang dijalankan setiap malam. perasaan saya ketika ini amat teruja kerana tanggal 1 disember nanti, kami akan bertolak ke Johor, bagi mengikuti pertandingan nasyid Majlis Kebudayaan Antara Universiti Malaysia (MAKUM) tahun ini. ini merupakan kali terakhir saya akan bersama-sama kumpulan DaMy kerana saya akan tamat pengajian pada April 2009. perasaan sedih itu tetap ada tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang di dalam kumpulan yang saya sayangi itu. sama juga seperti Hisham, Hazrul, Is, Kurt dan Fakru. peluang kali ini ialah peluang terakhir untuk membuktikan bahawa Unimas antara yang terbaik. insya Allah. berada di apartment cempaka ini amat menyeronokkan. manakan tidak, kami dapat melayari Internet dengan kelajuan yang tinggi. selain itu, apartment yang kami diami amat bersih dan selesa. terima kasih khas buat pengurusan Badan Budaya Unimas kerana telah menempatkan kami ke sini. esok hari Ahad, dan kami tidak mempunyai latihan bagi memberi ruang untuk kami merehatkan diri masing-masing. Isnin pula kami akan berangkat ke Johor. saya belum tahu sepenuhnya tentatif pertandingan itu tapi saya yakin kami mampu melakukannya.

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat DaMy kerana telah memberikan tunjuk ajar selama ini. Hisham, Hazrul, Is, Kurt, Zul, Nasir, Faizal, Fakru, Mukmin, Amirul dan Encik Azrul.

sekian.. Doakan kejayaan kami nanti ya!


persiapan Kumpulan Nasyid DaMy ke Festival Nasyid Antara Universiti di Johor

Inilah reaksi pertama ahli kumpulan DaMy ketika berpindah ke apartment baru (Hisham dan Is tersenyum riang selepas mencuba setiap peralatan di dalam apartment ini.)


masing-masing berada di dalam keadaan kekenyangan super setelah menjamu selera di kafe Rasa De' Desa, Kota Samarahan. (Richie: Nasik aku sikit! tak puas hati!!)

ketika latihan. Hisham berusaha memperbetulkan teknik nyanyian solo bersuara Bass.


Hazrul cuba bergurau dengan Is yang pada ketika itu sedang mencuba ilmu bermain Guzen yang dituntutnya ketika berada di Selatan GuangZhou, China. (Kurt [pemilik Guzen]: abis aku punye Guzen..abisss...)


Ketika melangkah pergi ke bangunan BPPS. Hazrul tiba-tiba bengang kerana tidak dapat memasuki laman web Unimas. (amaran: jangan bermain-main dengan mereka pada waktu ini.. kesannya amat dasyat.. nauzubillah)

Ahli kumpulan DaMy sempat memeriksa keputusan peperiksaan tahun akhir pelajar-pelajar program muzik. Kurt (membelakang) hanya diam tanpa kata-kata (dia pelajar muzik!)

Hisham tersenyum bangga setelah selesai memainkan lagu pak pandir menerusi piano ketika berlatih di studio muzik fakulti seni. aku pulak tumpang senyum. (jika tidak kecik ati)


selain berlatih nasyid, ahli kumpulan DaMy juga turut menambah pengetahuan di dalam IT. Is mengajar ahli-ahli lain bagaimana menggunakan aplikasi Friendster. (Faizal [kiri]: HOOIHH, banyak nya kawan Bang Is..)


Is dan Hisham kembali menceriakan hari latihan. Fakro dan Hazrul turut berusaha menceriakn diri masing-masing.

Kurt akhirnya bersuara ketika memberi komen terhadap setiap latihan. (Kurt: aku tak kira, aku nak balik jugak.. aku nak tengok Rocky 4 kat bilik aku!)


Kejadian ngeri di kolej kami, sliding door rebah ditiup angin lalu pecah. kejadian ini terus dilaporkan kepada pengurusan kolej ( Kurt dan Hazrul tengah terkejut)


Hazrul mempamerkan kemahiran menyusun bola snuker sambil diperhatikan oleh Is. (Is: sama tak susun bola snuker dengan susun guli? Hazrul: Hampehhh)

Sewaktu berjumpa dengan Encik Azrul dan berbincang tentang masalah negara. Hisham tengah berunding dengan ketua pembangkang parti pemisah tamil.

Is kali ini mendemonstrasi kemahiran bermain snuker ketika menuntut di Manchester pada dua tiga tahun lepas.

wajah-wajah ceria Is dan Hazrul ketika bermain snuker walaupun hakikatnya mereka berdua ketika itu masih ketinggalan 2 berbalas 1

Thursday, November 27, 2008

kenangan bersama Pakcik Joe dan keluarga nya..

ayah sedang berbincang tentang sesuatu dengan uncle Jo.. manakala Dario dan Roshelle hanya memerhatikan ayahnya berbahasa melayu..


kak cucu, mak, uncle Jo, aunty, makcik Lian, pak sap dan kak ana..


dario, roshelle, natasha, syamim dan mak




assalamualaikum..

satu pengalaman yang menarik. semalam saya telah bertemu dengan pakcik jo dan keluarganya. dia ialah adik kepada mak saudara saya yang berbangsa cina (saudara kepada mak saya). pakcik Joe datang bersama isteri dan 2 orang anak nya Dario dan Roshelle. pakcik jo telah bermastautin 30 tahun di kanada. kami telah pergi makan malam di salah sebuah restoran makanan laut yang terkemuka di bandar kuching iaitu topspot. di sana, macam-macam sahaja makanan yang telah saya makan bersama mereka. kemudian berbual dengan Dario dan Roshelle paling menyeronokkan. pada mulanya amat sukar bagi saya untuk berkomunikasi kerana bahasa inggeris yang mereka gunakan adalah mengikut loghat Amerika. walaupun pada dasarnya mereka bertutur dalam bahasa inggeris namun saya sukar untuk menangkap maksudnya. tetapi lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri. berlainan pula halnya dengan pakcik jo. dia saya lihat bersungguh-sungguh membiasakan dirinya untuk berbahasa melayu tetapi nyata, 30 tahun di negara asing benar-benar mengganggu keupayaan nya berbahasa melayu. namun, terselit juga loghat melayu brunei di dalam setiap tutur katanya itu. saya menghantar mereka balik ke lpangan terbang pada sebelah pagi tadi. pakcik jo sempat memberikan nasihat tentang mengejar impian selagi berdaya. terima kasih uncle!

wassalam.. gambar2 di atas..

Wednesday, November 26, 2008

Pakcik Joe ku dan keluarganya

Uncle Joe, Aunty Corrine, mummy, bapak, kak ana

Dario, Roshelle, Natasha, Amim dan mak saya


assalamualaikum

bertemu lagi kita. wah.. semalam merupakan malam yang amat mengenyangkan. mana tidak nya, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dengan Pakcik Joe, adik kepada mak saudara saya. Pakcik Joe telah bermastautin di Kanada selama lebih 30 tahun. kakaknya, makcik Lian (mummy) atau mak saudara saya telah memperkenalkan keluarganya kepada saya (saya belum lahir ketika dia masih menetap di Miri). saya pergi menjemput mereka di Hotel Hilton pada pukul 8 malam dan kami bergerak ke restoran makanan laut di TopSpot, sebuah tempat makanan laut yang terkemuka di bandar Kuching. setibanya saya di perkarangan lobi hotel, saya terlihat seorang lelaki cina berbadan sasa datang menghampiri kereta saya. sudah tentu saya menjadi tidak keruan dan agak bimbang kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku. rupa-rupanya, itulah Pakcik Joe.

saya kemudian diperkenalkan dengan ahli keluarganya yang lain, Makcik Corrine, anak perempuan nya Roshelle dan anak lelaki nya Dario. kami bergerak menuju ke bangunan TopSpot bersama-sama kenderaan saudara saya kak cucu dan abang boy. saya banyak berbual dengan Pakcik Joe yang masih belum hilang loghat miri dan brunei nya. agak melucukan apabila mendengar sebutannya yang agak aneh. maklumlah, baru menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 30 tahun menetap di negara orang. kalau berbual dengan Dario dan Roshelle lagi parah, amat sukar bagi saya untuk menangkap setiap perkataan yang mereka sebutkan. loghat mereka adalah seratus peratus loghat amerika. kebanyakan daripada jawapan yang saya berikan kepada mereka YES dan NO sahaja.

kami telah memesan beberapa makanan yang menjadi main specialty di restoran itu. antaranya ialah udang bermentega, sayur midin belacan, sup sirip ikan yu dan entah..saya pun tidak ingat makanan yang selebihnya. dalam perjalanan pulang, saya dan Pakcik Joe banyak berbual tentang kehidupan dan pekerjaan, beliau sempat menasihati saya untuk terus mengejar impian kerana saya masih muda. saya berpeluang untuk menanyakan ruang untuk menyambung pengajian ke peringkat Master di Kanada. memang ada tapi kos nya lebih tinggi daripada pengajian Master di UK. saya lalu menggelengkan kepala.

oklah, itu sahaja coretan saya kali ini.. saya amat gembira kerana bertemu dengan saudara yang tidak pernah saya kenal selama ini.

Tuesday, November 25, 2008

aku dan kawan-kawan

tidak ada banyak yang boleh dicerita tentang saya.. hanya anda mampu menilai diri saya ini.. sekian.. kehkehkeh..


gadis ini bernama Siti Suhaila Mohd Nazam. atau nama manjanya Ebab. entah saya sendiri tidak tahu darimana beliau memperoleh nama tersebut. ebab datangnya dari bandar Pontian Johor. ebab seorang yang gemar masakan pedas (begitu juga dengan San). Ebab seorang teman yang sentiasa memberikan saya sokongan ketika saya down. hobi gadis ini sama seperti San.. beriadah dan pergi mengembara. seorang yang lemah semangatnya. hehehe.. selalu berselisih pendapat dengan Jamal.


nama gadis ini ialah saudari Santha Barbara Rimong yang berasal dari bintulu. saya menggelarkan dirinya San. San ialah seorang pelajar yang mampu berbahasa dalam 4 bahasa yang utama di negeri ini. beliau boleh berbahasa Iban, Melayu, Inggeris dan Cina (mandarin). beliau sering kami jadikan rujukan ketika berkunjung ke kedai-kedai cina yang berhampiran. san seorang gadis yang amat berdikari dan gila-gila. beliau gemar aktiviti beriadah terutamanya berkaraoke.



Saudara Jamali Bujang Sanawi, lelaki yang datangnya dari kampung Gita, Kuching. terkenal dengan panggilan Jamal ataupun sering diberikan jolokan Tan Sri. seorang yang perfectionist. Jamal merupakan seorang pelajar yang berbakat di dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang muzik. beliau menggemari gitar dan irama indie. ketika di dalam kelas, Jamal amat bersahaja ketika dilontarkan soalan oleh pensyarah. walaupun demikian, beliau amat kritis dalam memberikan pandangan. jika bertemu walaupun ketika makan tengah hari, beliau pasti akan bersuara dan berhujah tentang isu-isu semasa.



yang ini namanya Mohd Hazrie Mohd Siri, berasal dari Mukah. beliau merupakan pelajar yang paling senior di dalam kelas saya (umurnya 27 tahun). tetapi beliau tidak kelihatan seperti pemuda yang berumur 27 tahun. kegemaran pemuda ini adalah menyakat dan sering melahirkan kata-kata pujangga yang bisa mencairkan hati gadis-gadis yang ditemui. saya berasa kagum dengan kepetahannya dalam membincangkan setiap isu yang dilontarkan. meminati pasukan bola keranjang LA. Lakers.





saya telah membaca beberapa blog sahabat saya beberapa ketika lepas dan saya begitu tertarik dengan beberapa eleman yang ada di dalamnya. di dalam blog nya itu, dia memerihalkan kawan-kawan baiknya. saya lantas berasa terharu, sedalam itu sekali dia menghargai rakan-rakannya. oleh itu, saya ingin membuat perkara yang sama iaitu pada kali ini saya akan menceritakan tentang teman sekursus saya di Unimas. oh ya, saya sedang mengikuti pengajian kajian komunikasi, fakulti sains sosial, Universiti Malaysia Sarawak.

semalam yang sunyi

setiap yang terjadi ada hikmahnya..tetapi aku tetap benci..


assalamualaikum..

alhamdulillah, saya telah berjaya melalui hari yang kelima dalam mengharungi kepahitan berpisah daripada teman istimewa saya. apa yang dapat saya simpulkan, berpisah dengan seseorang yang amat kita kasihi mahupun kita cintai amat menyakitkan tetapi sakitnya perasaan itu bagi saya wujud dalam 2 bentuk. saya mengalami situasi di mana saya ditinggalkan oleh teman istimewa saya atas dasar tawar hati. itu membuatkan saya tertanya-tanya apa kesalahan saya selama ini sehinggakan dia tawar hati untuk menyayangi saya lagi? terus terang saya katakan, saya amat mencintai dirinya dan saya telah melakukan hampir apa sahaja untuk memastikan kebahagiannya. saya amat tidak berpuas hati dengan setiap tutur katanya pada malam khamis itu. tapi saya tetap berusaha menyelamatkan hubungan yang telah terjalin selama 4 tahun itu. namun, nasib sudah menentukan segala-galanya. takdir memisahkan kami berdua.

saya berasa amat kecewa apabila mengenangkan 4 tahun kami bersama namun akhirnya dia memutuskan untuk berpisah. saya memikirkan tentang alasannya yang kurang kukuh itu. apalah salah saya sehingga dia tawar hati? setiap malam saya memikirkan tentang alasan tersebut. daripada tutur katanya malam khamis lalu, amat menyakitkan hati saya. seolah-olah pada ketika itu saya sedang bercakap dengan seseorang yang bukan saya kenali. mengapa harus bercakap kasar? mengapa perlu berdolak dalik? saya akui saya melenting pada malam itu dan saya telah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik disebabkan oleh perasaan marah saya yang sedang membuak. sungguh menyakitkan apabila mendengar perkataan yang lahir daripada mulutnya ketika itu, "saya sudah tawar hati..mohon maaf. awak marah?" demi Allah, tidak akan saya lupakan kata-kata itu sehinggalah tiba masanya saya dijemputNya pulang.

saya berfikir tentang pengorbanan saya selama ini. kalau dihitung sejak tahun pertama hubungan kami, saya rasa sayalah yang paling banyak berusaha mengekalkan perhubungan. saya merupakan lelaki yang tidak suka melihat teman istimewa berada di dalam kesusahan. usah ditanya jumlah wang yang telah saya keluarkan demi tujuan itu. segala penat lelah saya selama ini dia lupakan begitu sahaja..semuanya kerana tawar hati! saya rasa sungguh tidak adil. jika tidak lagi menyayangi saya, mengapa tidak beritahu sahaja satu ketika dulu? saya rasa cinta suci saya dikhianatinya. apa yang lebih menyakitkan hati saya, ini bukan kali pertama dia berbuat demikian, sudah dua kali dia membiarkan saya. namun, atas perasaan sayang yang masih kuat saya pada waktu itu, saya menerimanya kembali dengan harapan dia akan berubah. tetapi saya silap! saya telah diperdayakan lagi. barulah saya sedar bahawa dunia cinta itu tidak semestinya membahagiakan. itu sebab nya saya berubah menjadi pembenci dan pendendam. saya tahu bukan lah suatu yang baik untuk membenci dan mendendam.. tetapi jujur saya katakan, saya amat terluka dan saya amat membenci orang yang tidak pernah pandai menghargai apa yang telah saya lakukan.

setelah selesai makan malam dengan memakan sepinggan nasi goreng yang dibeli dari kafe, saya kembali ke ruang beranda kolej cempaka. angin malam mula menampar wajah saya sedikit demi sedikit. ianya sejuk tetapi menyenangkan. saya hirup setiap udara segar itu beberapa kali sambil meletakkan sekole susu panas di sebelah kiri saya. semuanya berputar lagi pada ketika itu. segala memori-memori manis ketika dia masih lagi bersama saya dimainkan semula. saya tidak mengerti mengapa hati saya memainkan semula rakaman-rakaman lama tersebut, walaupun jauh di lubuk hati saya, perasaan benci itu masih menyala. saya hanya menyerahkan segala-galanya kepada yang maha Esa. agar ditenangkan hati yang sedang marak dengan api kemarahan, api kekecewaan dan api dendam ini.

saya amat berterima kasih kepada teman-teman baik dan rakan-rakan saya yang tidak pernah berhenti memberikan saya sokongan pada ketika ini. mereka memang memahami diri saya. saya sedar bahawa saya pernah melupakan mereka suatu ketika dulu dan kini saya berjanji saya akan sentiasa bersama mereka. setiap kata-kata dan dorongan daripada mereka amat saya hargai. saya akan menamatkan pengajian saya sekitar April 2009 nanti. saya menginginkan keadaan di mana saya akan menyambut tarikh keramat bergelar graduan Ogos nanti bersama seseorang yang saya cintai selain keluarga saya. namun, harapan dan impian tersebut sudah lebur dan ianya turut lebur bersama-sama kenangan yang pahit.

sememangnya..semalam merupakan malam yang sunyi..

Saturday, November 22, 2008

segalanya sudah berakhir

assalamualaikum..

sudah lama saya tidak menulis di dalam blog sejak bermulanya musim peperiksaan akhir. saya amat merindukan para bloggers yang selama ini menyokong saya. alhamdulillah saya sudah selesai menjalani peperiksaan semester 1 tahun akhir saya. semester depan pula ialah semester terakhir pengajian saya di Unimas.

pejam celik, saya sudah berada di Unimas hampir 4 tahun. sungguh mengagumkan apabila saya duduk sejenak di sebuah sudut kolej kediaman saya, berfikir tentang perjalanan hidup yang telah saya lalui bermula dari tahun 2005 sehinggalah sekarang. kadang-kadang, saya tersenyum kecil apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa lucu yang pernah berlaku kepada diri saya. salah satu daripadanya ialah kenangan ditahan oleh pengawal keselamatan kerana telah membuka pagar utama Kampus Timur pada pukul 4 pagi setelah penat bermain futsal. sepatutnya kami pada ketika itu menggunakan laluan Kampus Barat tetapi ianya amat jauh. oleh itu, rakan saya Iju menasihati agar menggunakan laluan Kampus Timur yang telah ditutup pagarnya pada waktu itu. kami pun mula membuka pagar yang seberat hampir 100kg dan memasuki kawasan Kampus Timur. apa yang kami dapat? kami ditahan oleh sekumpulan pengawal keselamatan dah telah didenda atas kesalahan memecah masuk. gila!

itu adalah antara saat-saat manis ketika berada di Unimas.. oh ya..saya juga telah melalui episode yang sedih pada ketika ini kerana, saya telah kehilangan seseorang yang amat saya cintai. dia pergi meninggalkan saya tanpa sebab yang kukuh dan saya secara jujur amat tidak bersetuju dan saya amat marah kerana tidak diberikan peluang untuk berhujah. saya cuma hairan mengapa dia berubah drastik sekali? apa salah saya selama ini yang telah menunggu hampir 2 bulan? apa-apapun, saya sudah tekad untuk menutup hati saya untuk sebarang hubungan yang rapat atau apa yang kita gelar CINTA. memang benar kalau diikutkan dalam bibit lirik lagu dari kumpulan D'Massive, Cinta itu Membunuhku.. saya amat bersetuju. mengapa harus dileburkan hati yang amat suci ini? mengapa?

saya tidak akan memaafkan nya kerana saya sudah hampir gila kerana terlalu mencintainya. saya telah menunggu dengan sabar semua kerenahnya selama 4 tahun. dan saya cukup terseksa dengan segala-gala penyeksaan yang telah berlaku selama ini.. saya hanya berserah kepada tuhan dan saya berdoa agar dia segera sedar bahawa pintu hati saya kini sudah tertutup..

jumpa lagi untuk masa yang akan datang..

wassalam..